Monday, 9 March 2015

Berbaloi Makan di Restoran Murni Tasek Permaisuri Cheras

Salam,
Harini aku nak kongsi gambar dan pengalaman makan di sebuah restoran ni. Kalau sebut Restoran Murni, pasti ramai yang dah biasa ke sini. Murni ni ada banyak cawangan. Salah satu cawangan yang aku pernah review dan singgah dahulu adalah di Murni Subang Jaya. Ha.. kalini pula aku bawak mak dan family kakak aku ke Murni Tasek Permaisuri di Cheras. Lokasinya memang strategik, tak pernahla tak ada orang. Asik penuh je. Sedap kan.. mestilah ramai orang datang. Nak tengok apa yang kami order? Jom layan...

Ni kakak sulung aku dengan anak buah kesayangan aku si Pika

Masa ni kakak aku saja datang melawat kami di KL. Bawak mak aku jalan-jalan kan... Ni la ayah Pika, sama tak macam muka pika.. senyum je mesti mata sepet hihi..

Yang ini tak payahla diperkenalkan lagi, dekat banner blog dah terpampang muka depa dua ni. Husband aku dengan anak aku yang mucuk asham tu Eiman.

Gambar aku haruslah tu tatapkan sebanyak dua kali sebab bagi korang hilang rindu kat aku yang dah hilang seminggu. Haha... aku kan operation gigi geraham bongsu jadi aku melepek jela kat sofa tu sambil tengok TV. haha...  meh sini nak promote blog retis top top meletop Broframestone, ada cerita pasal gigik aku kat situ. hahaha... ok retis sangat i rasa okey!



Dengan mak lagi satu nah.

Ok cukuplah sudah gambar aku dan keluargaku, jom kita layan makan la pulak nak?

Ni Nasi Goreng Petai ok!

Ni pun nasi goreng gak..ada hotdog la ayam la sayur la semua campur sekali

Yang ni nama dia Nasi goreng Meletup - kenapa meletop sebab nasi dia pedas!.. hihi

yang ni suami aku punya, nama dia... ala lupa nak tulis. hihi tak silap aku nasi goreng kampung.

Alhamdulillah semua dah ada makanan masing-masing. Jadi apa lagi? Jomla soru sapedek!

ehh... baca doa dulu k. aipp! Tangan lakiku tu.. nak curi hotdog la tu. aip! Baca doa dulu! kikiki

Ha.. lapa kan bila tengok makanan. Serius! makanan di sini portion dia memang banyak dan kalau perut tu kecik je makan sikit boleh share satu pinggan berdua. Aku share dengan eiman. Sebab aku makan sikit je. Diet sikitla. haha. Harga pula tak mahal sangat semua ni dalam 50 ++. Murah kan? Sebab cawan air dia bekas besar gabak tapi murah. Kalau sedara mara datang dan malas nak masak bolehla bawak makan di sini. Sangat selesa, sedap dan memuaskan hati. Alhamdulillah. Terima kasih.

Sekian.