Wednesday, 11 March 2015

Chicken Chop Murah di Western Express Bandar Sri Permaisuri

Salam,
Bukan setiap bulan kita mampu nak makan mewah walaupun kalau boleh hari-hari nak makan mewah! haha biasa tu nafsu makan bagi pencinta makanan memang macam tu. Jadi bagi bulan yang kering-kering sikit ni, selain Murni di Tasel Permaisuri Cheras, ada lagi satu kedai makan yang super saving. Kalau teringin nak makan Chicken Chop dan apa-apa makanan Western tapi tak nak mahal bolehla pergi kedai ni Western Express. Harganya sangat berpatutan, dan bagi aku murah beb! Set Chicken Chop dengan Nasi tak silap dalam RM 9.00 sahaja. Serius kan murah!! Nak tengok apa aku order jom! layan...

Entah angin apa Eiman nak pakai kopiah pulak malam tu


Dah aku betulkan kopiah tu jangan tutup mata dia, dia tarik balik macam tu. Sudahnya biarkan jela.


Kedainya biasa-biasa je, takda fancy sangat. Konsep santai je. Aku rasa konsep dia, makanan harga patut sebab banyak tampal gambar makanan dengan harga sekali. haha ni kat bawah ni kedainya. Aku ambik kat Street Google.

Ni husband aku dengan eiman tengah syok layan TV. Tapi memang kebanyakan masa eiman memang suka melekat dengan daddy. Empuk agaknya. haha

Dah, jom tengok makanan yang aku order.. Set Rice with Chicken Chop. Tak pedas pun, aku kongsi dengan eiman.

Close up sikit gambar chicken chop with rice ni. Rasanya boleh tahan sedap. Sangat berpatutan dengan harga.

Suami aku ambik Beef dengan Rice. Enak juga, boleh tahan sedapnya. Kenyang penuh perut. Portion memang banyak, makan sorang ni kenyang ya amat.

Selain chicken chop, ada juga Meatball set, ada Burger, Char Kuey Teow, Spaghetti, dan juga ada BUDGET set dik non!!
Ok, mak makan dulu ye.. nyam nyam!

Aku ada google jugak beberapa blogger makan lain yang dah cuba di sini meh aku kasi link siap depa ambik gambar menu lagi:
  1. http://www.ezadskytech.com/2014/10/western-express-bandar-sri-permaisuri-cheras.html
  2. http://www.kiflimally.com/2013/12/food-review-restaurant-western-express.html
  3. http://www.fazrol.com/2014/02/makan-makan-di-restoran-western-express-bandar-sri-permaisuri.html

Ok korang, best tak cerita  makan? Aku memang suka makan. Korang suka kan .. kan?
Terima kasih korang sebab sudi singgah!

Sekian, terima kasih. Nanti datang sini lagi tau.tq tq!