Thursday, 19 March 2015

Majlis Pelancaran Menu Baru oleh Restoran Simply D - Simply Fun, Fresh & Tasty

Salam,

12 Mac 2015 yang lalu, bertempat di Level 4, RoofTop Avenue K Mall, Kuala Lumpur - Satu Acara Perasmian Restoran Simply D telah diadakan dan Nova Leeza juga turut dijemput hadir ke majlis perasmian ini. Penubuhan restoran ini adalah hasil dari idea Ketua Pegawai Eksekutif The Delicious Group Sdn. Bhd, Steve Allen.

Kanan: Nova memegang nombor cabutan bertuah semasa majlis perasmian Restoran Simply D 
Kiri : Nova mengundi untuk peserta pertandingan Media Contest yang dianjurkan oleh Simply D

Restoran ini memberikan konsep dan pilihan makanan yang kasual kepada pengujung sesuai dengan motonya iaitu - Simply Fun, Fresh and Tasty. 

Ketua Pegawai Eksekutif The Delicious Group Sdn. Bhd, Steve Allen.

Diantara menu utama yang dihidangkan kepada pengunjung adalah terdiri daripada pelbagai jenis pilihan Pasta, Burger dan Kek.  Dengan bahan-bahan segar dan diproses tidak seperti makanan segera, Simply D sememangnya mudah, cepat, segar, bernilai hebat dan yang paling utama, ianya sememangnya lazat.


Nutella Milkshake adalah diantara menu baru yang telah mula diperkenalkan ke dalam menu Restoran Simply D

Kek yang dihidangkan adalah lazat, sedap dan sangat menyelerakan.

Restoran Simply D yang pertama telah dibuka pada bulan Julai 2014 di Nu Sentral, diikuti dengan pembukaan cawangan Simply D yang seterusnya di The Curve dan Avenue K. Gambar di bawah pula adalah Nova berselfie dengan Mini Burger yang sangat awesome rasanya!


Selain Nova, husband juga enjoy dengan pelbagai pilihan pencuci mulut yang dihidangkan oleh Simply D.

Untuk pengetahuan semua, Steve secara peribadinya telah melatih semua kakitangan Simply D untuk menjadi tukang masak, pelayan, baristas dan personaliti. Ini adalah bertujuan untuk menjadi lain dari yang lain dan semua ini berbekalkan mantera mudah iaitu: Hebat, Segar & Lazat.

Seterusnya adalah acara demonstrasi masakan dari Chef Steve Allen dan pembantunya Hafiz. Di sinilah Nova belajar beberpa tips-tips yang berguna untuk menyediakan Burger dan Pasta. Terima kasih Mr. Steve dan Hafiz!


Berikut adalah diantara pemenang cabutan bertuah semasa hari tersebut. Nampaknya tuah tidak menyebelahi Nova pada hari itu, namun nova tetap gembira kerana salah seorang blogger kenalan nova, FatinBella telah menang sebuah pengisar minuman. Tahniah kepada semua ya!

Hadiah Utama Sebuah Ipad ...dan pemenangnya :

Nova bergambar bersama pemenang Utama cabutan bertuah disamping blogger Fadzi Razak

Nova bersama blogger Fatin Bella yang cantik manis oranya.

Selfus bersama Fatin dan Ruby. Ruby yang sangat sporting dan peramah okey!

satu lagi! haha..

Sempat juga bergambar dengan Hafiz dan Gina (pegawai di Avenue K)

Turut hadir Blogger Artis : Budiey

Alhamdulillah... majlisnya sangat simple, beserta aktiviti yang menarik, dan makanan yang enak-enak dihidangkan. InsyaAllah Simply D akan menjadi salah satu kegemaran kami sekeluarga. Gambar di bawah bersama Mr. Steve Allen. Sempat Nova ucapkan tahniah dan bersembang-sembang sikit dengan beliau.
  

Sebelum Nova habiskan entry kali ini, jom Nova lampirkan sekali Menu-menu yang dihidangkan kepada pengunjung Simply D!

 

Nyam nyam sangat!

Outlet Simply D : Nu Sentral, Avenue K  dan The Curve

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah membaca coretan Nova. Jom jom siapa nak ke Simply D jom!

Entry lama berkenaan Simply D :