Saturday, 21 March 2015

Menjamu Selera Di SukaSucre Bistro,Cheras by Dato' Fazley Yaakob

Salam,
Alhamdulillah, harini Nova nak kongsi pengalaman manis semasa kami menjamu selera di SukaSucre Bistro by Dato' Fazley. Husband aku lah yang teingin sangat nak pergi ke restoran Dato' Fazley ni. "What a good idea,daddy! ok jom", kataku pada husband. Masa tu kami baru lepas melawat Kakak Manda di Hospital Serdang. Jadi kami terus ke SukaSucre Bistro yang terletak di Cheras. Nak tengok apa yang kami cuba? Jom...    

Suapan kasih sayang buat mak

Sebelum bercerita panjang, ini aku letakkan alamatnya.. (ambil dari Google)


Dari jauh boleh nampak Papan Iklan Suka Sucre Bistro, di Bangunan Wisma Ryu

Semasa melangkah masuk ke dalam restoran ini, terasa diri ini seperti berada Paris. Hiasan dalamannya tampak ekslusif dan menarik disamping musik yang sangat mendamaikan dimainkan secara perlahan. Sungguh seronok melihat hiasan dalaman yang tersusun indah sebegini rupa. Kedatangan kami juga dialu-alukan oleh pembantu kedai yang sangat murah dengan senyuman. Nova juga nampak kelibat Dato' Fazley yang sedang sibuk melayan tetamu. Jadi, sebelum itu jom kita tengok hiasan dalamannya...


Nampaknya warna seperti Merah, Hitam dan Putih merupakan warna utama kedai ini. Warna merah memang sangat sesuai untuk membangkitkan semangat dan aura keseronokan terasa membuak-buak. 

Jika inginkan situasi yang lebih santai, anda juga boleh memilih untuk duduk di meja kopi ini.

Terletak di suatu sudut di dalam kedai ini, dilihat sebuah basikal putih yang berisi bunga lavender di dalam bakul, beserta dua kerusi comel dan meja putih yang menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk bergambar kenangan. Jika Dato' Fazley tiada di kedai, potret dia pun jadilah kan... hihihi

Kemas dan teratur


Selain itu, ada juga sudut menjamu selera yang terletak di luat restoran ini, Cuma bulan ini cuaca panas mungkin tak sesuai nak duduk di luar. 

Semasa kami duduk, kami di sapa oleh Dato' Fazley dan beliau memulakan bicara dengan penuh sopan. Beliau juga mencadangkan beberapa menu yang sesuai dan mesti dicuba katanya. Mak lah orang paling gembira nampaknya, tersenyum gembira je semasa di sini. Diantara menu yang kami cuba adalah jeng jeng jeng....

Assorted Teas, Butterscotch Latte dan Green Tea Honey

Payish Pasta Carbonara untuk Eiman (RM 12.50)

Pomme Frites (RM 12.00)

Pasta Daging Salai Lemak Cili Api (RM21.90)

Pasata Daging Lerai Ala Cendawan Kukur (RM 24.90)

Kerabu French Toast (RM19.90)

Kerabu French Toast adalah menu yang disarankan oleh Dato' Fazley untuk mak, ia adalah resepi nenek beliau yang diolah semula bersama roti bakar. Menurut beliau, kebanyakan resepi di sini adalah hasil gabungan ilham masakan Rembau ke Paris. Wow! Menarik kan! Memang puas hati makan di sini, dari segi layanan, rasa masakan disamping  keadaan restoran yang tenang dan nyaman. Kerabu French Toast adalah pemenang bagi aku, kerana rasanya sungguh sedap!

Sebagai pencuci mulut, kami order Creme Brulee (RM 10.00) dan eiman lah yang habiskan semua. Tak bagi rasa sikit pun, semua dia punya.. hihi



Eiman pun enjoy makan pasta carbonara

Tengoklah tu... siap cakap "Sedap! sedap! suka! suka!"

Aku juga enjoy makan di sini, siap mintak mak suapkan.. hihi manja tak?

Eh.. suap mak pulak 

  Alhamdulillah, bergambar dengan Dato' Fazley sebelum pulang, Memang rezeki kami dapat jumpa Dato'. 


"Ambik gambar mak kat sini!" katanya



Perut kenyang, hati senang. Mak juga lah yang paling seronok. Gembira hati ini tengok mak seronok. Satu pengalaman menarik dalam kamus hidup. Terima kasih Dato', sungguh baik layanan dan masakan juga hebat-hebat semuanya. Nova doakan agar Suka Sucre akan terus maju jaya dan sukses! Buat kawan-kawan yang teringin nak ke sana, apa tunggu lagi jom pakat ramai-ramai jom!

Sekian. terima kasih keran singgah dan membaca. Sayang semua!