Friday, 13 March 2015

Makan di Restoran Arabian House di Bandar Baru Bangi

Salam,
Restoran Arabian House di Bandar Baru Bangi/Taman Putra Kajang ni adalah salah satu restoran arab yang menjadi favourite aku. Masa duduk dekat Bangi dulu selalu makan di sini. Harganya tak mahal sangat, lagipun portion besar dan boleh kongsi berdua. Kalau aku pergi dengan Nyah (kakak aku) mesti kongsi. Hiasan dalaman berkongsepkan Arab dan pekerjanya pun kebanyakannya dari Negara Arab. Jom tengok apa yang aku order!

Ha.. gambar ni aku ambik dari Google Street. Senang je sekarang tak payah susah2 nak tangkap sendiri. hihi
Demi untuk mententeramkan anak aku, kita bagi dia main dengan photo frame Ikea tu. Asalkan boleh duduk baik-baik sudah. Tekun je membaca entah apa la yang ditengokkan tu..

Eh... mak dia la. haha... Napkin tu memang sentiasa je. Eiman dan kain tak boleh dipisahkan ye.

Sembang apa tu?

Nah jom tengok nasi mandi ka, kambing mandi ka semua ada..


Dalam bungkusan ni ayam... aku punya

Lupa lak nak ambik gambar dah buka foil aluminium tu.. sorry ya!

Tak lengkap kalau makan nasi arab tiada 2 benda ni..

So, kalau terlalu lalang kat Bangi tu bolehla singgah di Restoran Arabian Food ni... jom lapa dah ni!

Alamat:
Arabian House Restaurant
5, Jalan Putra 8
Taman Putra Kajang
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Sekian, thank you for reading ya!