Wednesday, 15 April 2015

Aiskrim Kelapa, SangKaya di Ampang Point

Salam,
Ahad lepas aku tak ke mana-mana pun sebab eiman demam pastu menjangkit pulak kat aku kan. Duduk rumah minum air masak banyak-banyak je. Tapi duduk rumah je bosan jugak, lalu aku ajak suami makan aiskrim di Ampang Point. Actually, ramai dah yang cuba Aiskrim ni, aiskrim kelapa yang diletakkan di dalam tempurung kelapa. Haritu aku nampak CikLily Putih makan aiskrim ni di Instagram dia. Wah.. sedap tu kan. Rasa nak cuba pulak, tambah-tambah tengah sakit tekak ni. Jom abam jom!



Lokasinya tersorok sikit kene pusing ke belakang di Ground Floor Lot FM-11

Yang dasyatnya kena beratur, ramai woo nak makan aiskrim ni... mesti sedap ni kan!

Ha... lepas beratur order, ambil resit dan beratur semula untuk ambil aiskrim. Walaweh!

Sangkaya

Selfie Time :) miu miu miu

Ce tengok belah kanan tu, kalau nak bergambar boleh la pakai 

Yang ni adalah topping, boleh letak mana-mana suka.

Kalau nak melihat dengan lebih dekat bolehlah follow Instagram mereka di @sangkaya atau akaun G+ di +Sangkaya Creamery 

Kalau selfie tu bolehla tag sangkaya ya!

Ha.. tadaa! Ni aiskrim hubby i punya.. lawa je kan

Dan tak berapa nak seni ni ai punya.. :(

Selfie lagi :) miu miu miu
Diorang berdua tu dah ta zabar nak makan aiskrim

Eiman dah ngap dulu!

Ha... lepas satu hajat nak makan aiskrim ni. Kalau masuk di mana-mana pintu di Ampang Point, akan nampak banner ni ok.

Sangkaya beroperasi bermula 10 pagi hingga 10 malam ya!

Kesimpulannya, awwwww! sedap! ai memang suka makan kelapa, air kelapa ke kelapa shake ke semua ai suka. Dengan kehadiran Aiskrim kelapa di dalam industri makanan ini telah memeriahkan lagi kepelbagian makanan di Malaysia. Ai like!

So ai bagi 10 bintang !!!!

Ok korang, terima kasih kerana sudi datang! 

Eh.. kalau korang baca entry aku ada tak rasa macam aku ni terlebih gula... hahaha