Monday, 27 April 2015

Bergelak Ketawa Sampai Krem Perut di Mister Potato Lawak Tour

Salam,
Serius kelakar habis! Pertama kali dalam hidup aku tengok Lawak secara LIVE weii! Tergelak-gelak sampai kejang usus ai ni ha.. Lawak ini dibawakan khas oleh Mister Potato dengan kehadiran pelawak terkemuka negara iaitu Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014 dan dua penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff. 

Ha... best tak best tak? Mestilah best. Aku ni memang setiap pagi dengar Segmen Johara Pagi Era, sekali pulak dapat jumpa secara live.. memang suka sangat aiih!! Kalau nak tahu, Mister Potato ni tengah buat Lawak Tour di KlangValley. Disamping berhibur, Mister Potato juga akan memberikan hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung yang hadir ke Lawak Tour ini. Kalau nak tahu hadiah apa korang kena datang ke lokasi seterusnya tau!


Mister Potato yang aku pergi ni pada 19 April, Ahad di Rasta Taman Tun Dr. Ismail di Damansara. Masa aku sampai, aku nampak ada satu stage di tengah-tengah Rasta ni, wah... ni mesti meriah ni, bisik aku di dalam hati. 


ha.. stage, prop banner semua dah ready dah!

Tak sabar dah rasanya nak bergelak ketawa dengan Cetusan Keriangan Mister Potato ni

Bestnya dapat jumpa maskot Mister Potato ni!

Hanya dengan memuat naik gambar tadi di Facebook, ai dapat hadiah berupa Notebook, Pen dan Pensil Tekan dan Satu Paket Kerepek Kentang Mister Potato kegemaran ai! Wehuu! Seronoknya!

Ha... bloger cantik manis illy Ariffin pun ada. 

Ok, lawak dah nak bermula, so sebelum tu kita selfie dulu!
Dari Kiri ai, Illy, Samantha, Suraya dan Ayue. Diorang ni semua blogger-blogger hebat tau! terasa kerdil di situ. hihi

Ha.. yey! Ray dah keluar. haha kelakar Ray ni sama je macam dalam Radio tu

Haniff.. kalau diorang berdua bergabung mesti meletop!

Ha, abang Chelsea baju biru tu jawab soalan mudah yang diberikan oleh Haniff dan dia dah menang sebuah Mi Powerbank ok! Jelesnya ai! Ramai yang dapat hadiah malam tu, ada menang powerbank, ada menang wang tunai, keropok kentang Mister Potato pun diorang bagi Free!

Persembahan mereka berdua bermula jam 7.30 malam hingga 8.00 malam. Selama 30 minit perut ai dan bergoncang-goncang dengan kuat sebab ketawa terbahak-bahak.

Wah.. Mister Potato dijada oleh pegawai keselamatan la.. hihihi

Ha, yang paling tak disangka, Ray dan Mister Potato datang ke meja kami dan berikan kami sebekas keropok kentang Mister Potato. Wehuu! 

Blogger Suraya Sulatin menerima keropok kentang dari Mister Potato

Blogger Illy juga dapat satu :)

Kemudian, pada jam 8.00 malam, kumpulan Zero pulak keluar membuat persembahan. Wah! Teruja! Teruja! Juara Maharaja Lawak la! 

Kumpulan Zero ni ada 3 orang dan diorang bertiga ni adik-beradik tau iaitu Syaiful, Sharif dan Atu

Yang ni Atu

Yang ni Sharif

Yang berambut panjang tu pula Syaiful

Memang haru biru dibuatnya oleh kumpulan Zero ni. Lawak diorang ni memang spontan dan kelakar.

Kumpulan Zero ni bagi hadiah berupa wang tunai okey kepada mereka. Ramai jugak yang dapat hadiah wang tunai malam tu! Wow!!!

Yang aku nampak kanak-kanak diantara mereka yang paling gembira malam tu sebab dapat wang tunai, hadiah dan Mister Potato percuma.

Budak-budak ni sporting sangat. Kuiz untuk menang duit ni mudah sangat cuma dengan jawab soalan yang ditanya. Soalan untyk budak-budak ni adalah:

"Dalam kami bertiga ni, Siapa paling Hodoh?"

Budak tu jawab : Dia, sambil tunjuk ke arah Syaiful (rambung panjang tu)

Audience pun tebahak-bahak ketawa!


Kemudian, Zero ni buat hal lagi dengan jemput Blogger-blogger lelaki ni naik pentas.  

Kekdahnya tahu buat apa? .. catwalk sambil pegang Mister Potato. ha ha ha. Aku ada rakam video, nanti aku upload sekali k.

Dan wang tunai terakhir diberikan kepada asik manis ni kerana berani naik ke pantas. Bukan itu sahaja, adik ni pandai menyanyi juga tau. Memang kecoh adik ni kena kacau dengan kumpulan Zero ni!

Setelah selesai semua, kami merakam kenangan dengan Mister Potato! ehh... nampak tak ai kat mana? nampak tak? kikiki Terima kasih Nuffnang kerana memberi kami peluang berhibur dengan Mister Potato.

Yey! Ray in da house ya!

  Best! Ray sporting!

Haniff pun best! Thank you Haniff!

Alhamdulillah. Selesai acara aku pulang dengan hati gembira, sambil ketawa terkekek-kekek lagi teringatkan lawak mereka. Tak habis di situ, balik tu aku cerita balik semua lawak tu kat hubby. Dia pun terkekek-kekek ketawa. Ha.. penangannya. So kalau korang nak terkekek-kekek juga, dan tak payah bayar ok! Lawak Free! Jom ke destinasi seterusnya di Uptown Kota Damansara pada hari Ahad, 03 May 2015. Boleh dapat hadiah-hadiah best tau!

Untuk info lanjut korang boleh layari :


Caner? Bestkan! Bestkan!

Sekian. Terima kasih sudi singgah ya!