Monday, 20 April 2015

Edisi Terhad Mary Kay® Paradise Calling Collection

Salam,
Holla semua, berbunga-bunga hati Nova harini sebab nak berkongsi dengan semua Produk dari Mary Kay, iaitu Set Edisi Terhad yang terhangat dipasaran, diberi nama Paradise Calling Collection. Nova teruja sebab warna-warna yang dipilih di dalam set edisi terhad ini sangat WOW! berkonsepkan Tropical Delights/Kegembiraan Tropika. Ia terdiri daripada Clutch yang cantik, Pewarna Mata, Pewarna Bibir dan Kuku. Ibaratkan Nova membawa dunia tropika ke dalam beg make-up Nova. Jom kita tengok jom...

NEW Limited-Edition† Mary Kay® Paradise Calling Collection




Warna-warnanya adalah seperti seperti Merah, Hijau Pink dan Coklat

Teruja nak mencuba warna-warna ini!

Tengok sekali dan berkenan, cantik kan?

Warna-warna sebegini memang kesukaan Nova. Warna yang memberikan keyakinan, semangat dan ketenangan.

Disapu pada tangan dan warna-warna ini sungguh menawan kalbu

Secara lebih terperinci Nova kongsikan maklumat ini beserta harga yang ditawarkan oleh Mary Kay

Mary Kay® Whipped Eye Color RM 55
Warna: Seafoam & Tiki Hut
Ringan, Sebatian formula yang mudah di sapu dan menggabungkan warna mewah yang mampu bertahan sepanjang hari.
• Mewah, kemasan bercahaya.
• Kaya dengan warna-warna semulajadi yang sebenar.
• Digunakan dengan mudah dan sama rata.
• Mudah di digabungkan dan dioles.
• Tahan lama dan tidak pudar.

Mary Kay® Lacquered Lip Shine RM 55
Warna: Mandarin Tropika, Exotic Orchid & Sunbaked
Gloss ini melembabkan dan memberi litupan penuh. Warna mewah, bersinar dan mudah disapu.
• Disapu dengan mudah, lancar dan sama rata.
• Warna yang menarik, kekal dan tidak mudah pudar.
• Bibir terasa lembut, licin dan lembap.

Mary Kay® Nail Lacquer RM 32
Warna: Lagoon, Mandarin Tropika & Exotic Orchid
Menjadikan penampilan kuku anda nampak lebih berani dengan keseronokan warna eksotik yang mudah kering untuk kemasan satin yang segera.
• Disapu dengan lancar, sekata dan tepat.
• Memberi kemasan yang tahan calar.
• Melindungi dan menguatkan kuku.
• Kuku kelihatan sihat selepas warna dikeluarkan.
• Tidak comot dan pudar semasa disapu.


Nova telah mencuba semua warna di dalam Pradise Calling Collection ini dan Nova sangat gembira dengan hasilnya!






Nova juga nak kongsikan 
Tips untuk membentuk bibir yang besar dan munggil :

1. Oles lacquered Lip Shine (Tropical Mandarin) pada keseluruhan bibir
2. Kemudian oles lacquered Lip Shine (Exotix Orchid) pada bahagian tengah bibir secara sama rata

Hasilnya...

Dua tona yang berbeza dan bibir nampak lebih cantik dan menarik!


Beberapa gambar kegembiraan yang Nova ingin kongsikan

Limited-Edition† Mary Kay® Paradise Calling Collection 
boleh didapati mulai dari 16 Mac 2015 dan seterusnya.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan berikut:
Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia
Kalau nak tahu kenapa Nova suka pada produk Mary Kay?... jom baca sedikit mengenainya..

Mengenai Mary Kay
Selama lebih dari 50 tahun, Mary Kay telah menawarkan; produk yang sangat menarik, memberikan kesan positif kepada masyarakat dan peluang untuk mereka mendapatkan ganjaran yang menarik.  Dengan 3 juta Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dan hasil $ 3.5 bilion jualan tahunan secara global, Mary Kay adalah satu jenama kecantikan yang terulung dan penjual langsung di lebih 35 pasaran di seluruh dunia. Cari apa yang anda suka dengan bertanyakan kepada Perunding Bebas Mary Kay Beauty di kawasan anda.

Jangan tunggu lama-lama ok! Koleksi Edisi ini adalah Terhad sehingga Stok masih ada. Memang dah jatuh cinta sangat dengan Lip Shine Mary Kay... selalu menemaniku ke mana jua ku pergi!

Terima kasih semua kerana singgah dan meluangkan masa dengan perkongsian Nova. Hingga bertemu lagi.

Sekian.