Friday, 3 April 2015

Jangan Cepat Mengalah dan Putus Asa Dalam Apa Sahaja Cabaran Hidup

Salam,
Entri aku harini aku nak cerita pasal Jangan Cepat Mengalah dan Putus Asa! Ceritanya macam ni..
Husband aku ni tengah sambung belajar lagi kat satu Universiti ni la. Dia buat part time. Memang aku sokong dia 100% dan selalu bagi semangat pada dia untuk terus belajar.. cewah yerlah pelajaran untuk masa depan jugak kan. Pastu ceritanya pagi tadi, husband aku bagi tahu tarikh hantar assignment dah berubah dan dia tak perasan. Terlepas submission date!  Pergh! Pagi-pagi dah menyirap darah kan.. 

Kalau aku marah, kening aku memang terangkat ala Ziana Zain... ha baik lari jejauh!


Aku tanya bila assignment ni patut hantar, rupanya 2 minggu lepas. Pergh! Menyirap kuasa dua la!... Habistu takkan tak perasan? Kawan-kawan tak bagitahu ke apa? ... husband aku ni pulak baru pindah centre, tempat baru kawan baru. Kelas pulak bukan hari-hari. Habistu? macam mana ni? markah 40% tau tak? ... mula dah aku geram ni.. Husband aku ni pun macam dah nak mengalah, dia tanya aku Kalau tak hantar assignment boleh lulus tak? .. "KOMPOM TAK LA!" aku jawab.

Aku mula berangin.. Sukahati je kan nak ubah tarikh! Macamla hari-hari nak hadap sistem dia tu. Laki aku ni pulak dah print kertas soalan assignment awal-awal sem lagi. Lepas tu nak hantar baru masuk balik.

Aku mula berangin.. aku tanya lagi Awak nak buat apa ni? ... dia geleng takda idea...
Benda yang mula keluar dari mulut aku "You fight for your right! Kalau tak kita yang fight!".. haa... garang aku ni ha. Aku ni bab belajar memang aku strict. Hasil didikan arwah bapak aku. Jangan harapla nak dapat kasih sayang bapak kalau markah periksa dapat C.. So dari kecik memang aku kena pulun dapat A. Huh!

Kemudian, laki aku call punya call punya call punya call OUM!.. sampai dapat person in charge.. dia kata hantar je assignment dan buat report dan hantar bukti sekali (assignment memang kena hantar online). Huh! Lega hati aku dengar, itupun dah pukul 4.30 petang, baru dapat penyelesaian. Aku rasa aku sebut perkataan "U Must Fight for it!" "Nahasla" "I nak serang" dan "I tak kira macam mana cara sekalipun i nak dia terima juga assignment u!" adalah seribu lapan ratus kali dah agaknya. Sampai laki aku pun dah muak dengar dah. Memang menyinga je aku harini. Ha! siap ter-emo lagi dengan mamat mana tah yang terlanggar aku masa beli makanan tadi "Jalan elok-elok boleh tak!"...haa....

hehe..ok cool.. in.. out... in... out... actually sekarang ni pun belum lega selagi masalah ni tak settle betul-betul. Kot-kot lecturer yang tanda markah tu buat kering je tak nak terima assignment laki aku tu memang aku naik la ke bilik dekan ke professor ke.. jabatan akademik ke.. memang aku terjah dan redah sampai dia terima jugak jugak. haa... nampak tak? nampak tak? lebih kuah dari nasik! moralnya jangan mengalah kalau kita nak buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh. ha.. 

Walau apapun aku sayang laki aku.. tu je nak cakap. Sekian.