Thursday, 16 April 2015

Kenduri di Kampung Sangat Meriah

Salam,
hihi holla. Harini ai nak update gambar kenduri di kampung pada bulan Februari yang lalu. hehe terhegeh nak update entry ni sebab terlalu-lalu-lalu banyak gambar yang cantik cantik (tangan di bahu mata ke atas) haha.

Terharu sangat, sebab saudara-mara terdekat semua turun untuk memeriahkan majlis. Alhamdulillah...

Bila jumpa saudara-mara apa lagi nak buat kan? Kita SELFIE la!!!

Layan....

Dalam gambar bawah ni ada cousin, ada mak saudara ada adik beradik semuala!

Yang belah kiri gambar atas duduk atas riba kakak ai tu ucu ai. Comel kiut je ha!

Thank you cousin sudi datang!!!

Lepas selfie selfu kita layan gambar makan pulak. Lauk-pauk mak ambik catering nasi beriani je dan lauknya jeng jeng jeng... nyam nyam.. aduh lapar laaa!

Selain itu, mak juga order laksa, kuih-muih, bubur kacang hitam, dan macam-macam lagik lah

Kemudian, kakak aku yang baik hati telah seponser kek hari jadi untuk Eiman dan Pika. Walaweh syoknya! Terima kasih kakak! Me so happy!!  


Kanak-kanak paling seronok tengok kek. So ready lah dengan sugar rush!


Terima kasih kak ina sudi datang!

Yey potong kek! Mak suka!


Comot habis budak ni

Terima kasih anak-anak kerana sudi memeriahkan hari jadi anak makcik.. kekeke terasa tua disitu!

Gambar anak-anak yang comel-comel belaka..  

Bagi mengakhiri majlis pada kali ini, saya hadiahkan sebuah pantun buat semua yang hadir pada hari tersebut:

Pergi menjala ikan
Dapat ikan jual di pekan
Terima kasih saya ucapkan
Pada semua yang hadir meriahkan

hahaha....

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum W.B.T.

Sekian. Tq for coming!