Monday, 13 April 2015

Makan di Le Geo Art Restaurant di Jalan Jelatek, KL

Salam,
Holla, ketemu lagi sekali dan harini aku nak kongsi cerita makan di Le Geo Art Restaurant di Jalan Jelatek, KL. Lokasinya berdekatan dengan LRT Setiawangsa. Kalau nak tahu, restoran ini bukan sahaja menjamu makanan malah ia juga merupakan sebuah galeri seni yang di dinding-dinding restoran ini diletakkan seni lukisan oleh pelukis-pelukis Malaysia. Kalau berminat dengan mana-mana hasil seni ini, anda juga boleh memilikinya dengan harga yang telah ditetapkan.

Le Geo Art Restaurant


Meh ni nak share lokasinya ya! -sumber Google

Eh..  

Tengokla ni tah apa benda merepek tah.. laki aku main snap je..
Tengok di belakang ai tu, ada hasil seni lukisan, cantik kan!

Kami memilih untuk duduk di kerusi ini di sebelah kiri.. dinding-dinding di hiasi hasil seni.

Menu Istimewa hari ini, dah tu harga pun berbaloi jugak! Hanya RM 6.00 ++ ok!
Percuma lagi, Tauhu goreng sambal dan sayur campur goreng
 

Tu dia, ayam masak kari yang ai pilih

Husband ai pulak memilih Ikan Sardin Masak Taucu

Close up Kari, memang pekat dan sedap! 

Membuka selera nyam nyam!

Saya minum bandung Cincau

Selain nasi, restoran ini juga menawarkan makanan lain seperti Noodle, Western, Vegetarian, Snack and Bread, Dessert dan juga Cake. Ha.. macam-macam ada kan. Kalau tak nak makan berat seperti nasi boleh juga minum petang di sini ya.

Susun atur di bahagian luar kedai. Sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan 

Le Geo Art Restaurat 

Kedai ni dihujung bangunan ya

Resit bayaran dan oh harga ni sebelum GST ya!

Alhamdulillah. Kenyang sudah. Ai bagi 4.5/5 bintang pada mereka. Makanan sedap dan harga pun berpatutan. Di bawah ni ai letakkan pautan ke Facebook mereka :


Ok, sehingga berjumpa lagi. Sekian. Terima kasih keran singgah sini ya!