Friday, 10 April 2015

Mencuba Restoran My Asam Pedas Shop Citarasa Linda Onn

Salam,
Meh ni nak cerita pasal Asam Pedas lagi satu ni. Lokasi adalah berdekatan dengan Tesco Ampang. Nama restoran My Asam Pedas Shop - Citarasa Linda Onn. 

Ha.. ni restoran retis ok! Siapa tak suka makan asam pedas kan, rata-rata ramai yang sukakannya termasukla aku sendiri. Di KL ni, banyak dah aku cuba asam pedas dan My Asam Pedas Shop adalah salah satu kedai yang terbaik! 


Meh tengok menu apa yang aku order di sini... Air teh ais dan hot chocolate

Ni, aku order Nasi Goreng Seafood


Okey...ada kacang goreng di situ

Ayam Penyet pun ada tau

Sup kosong untuk eiman

Tidak lupa juga kepada encik dessert nyammm nyammm!

Eh.. leka nampak

Mummy pun nak bergambar jugak

Hiasan dalaman kedai

Selain aiskrim ada juga beberapa jenis kek ya.

Alhamdullillah selesai makan. Sehingga hari ini dah 2 kali aku mengunjungi restoran ini. Nampaknya takda lagi kesempatan untuk bertemu dengan Pn. Linda Onn. 

Ada satu malam tu, aku plan dengan suami ke sini tapi nampaknya macam ada private function, tak jadila nak masuk sebab dah nampak banyak artis masuk ke restoran seperti Zila Jalil, Umi Aida dan lain-lain. Batalkan niat dan pergi selang beberapa hari selepas itu. Oh bila tengok facebook Linda Onn.. rupanya Sambutan Hari Jadi Datuk Rezza.

So, kesimpulannya, bagi aku, Nasi Goreng sedap dan husband aku pun kata asam pedas dia boleh tahan sedapnya. Yang penting bagi aku keselesaan pengunjung dan layanan yang baik diterima. I memang suka sebab selesa dan cantik. 

Alamat Penuh :
11, Jalan Pandan Prima 1
Dataran Pandan Prima
55100 Kuala Lumpur
Selangor

Semoga sukses selalu ya Kak Linda! 

Sekian. Terima kasih kerana singgah membaca di blog ai. Babai! #aisayangpembacablogai