Wednesday, 8 April 2015

Mengembara ke Dunia Dinasour di Discoveria Avenue K Mall

Salam,
Beberapa minggu lepas, aku bawak mak aku jalan-jalan di KL. Aku naik LRT je senang -malas nak hustle bustle masuk KL. haa... duduk je dah sampai.. Park kereta kat LRT, ambik tiket dan terus ke Avenue K. Murah je tambang pergi balik tak payah nak pening-pening bayar parking mahal. Kalini aku bawak mak mengembara ke zaman Dinosour di Discoveria di Avenue K.

Ha.. kerlasss! actually ai yang nak pergi jadi ai angkutla sekali mak dengan Eiman... tetapi.. alanglah sedihnya.. dot dot dot..sila baca selanjutnya


Namun Oh alangkah sedihnya.. bila anak aku takut pada Dinosour-dinosour yang bertebaran di dalam Discoveria itu.  Mula-mula tengok dinosour yang pertama ok lagi, senyum lagi.. maju lagi ke depan, tengok yang kedua dah menangis melalak-lalak tak nak tak nak! Agaknya sebab ekor dan kepala dinosour tu bergerak-gerak kot. Adoi!! Eiman oh eiman.. terus menjadi perhatian lah kami di dalam tu. Dahla lampu samar-samar je. Cepat-cepatlah aku tolak sampai keluar.. 

Mak aku suruh eiman tutup mata, dia pejam tutup dengan tangan kuat-kuat. isk isk..Sampai ke hujung ada la permainan volcano ball dengan aktiviti cari tulang dinosour dalam pasir. Kemain payah nak pujuk dia buka mata ... "Eiman dah takda dinosour!! Eiman buka mata!.." sambil aku menarik tangan dia yang ditekap erat-erat pada mukanya. 

Sambil mengintai di celah-celah  jari masih kelihatan beberapa ekor kelibat dinosour, maka ditutupnya semula mata. Aku pun menolak eiman keluar menuju ke ruangan aktiviti mewarna dan lokasi sourvenir. Melihat keadaan lampu terang-benderang, barulah dia nak keluar dari stroller. 

P/S: Masa mula-mula masuk, penjaga di sini dah bagitahu tak boleh ambil gambar di dalam pameran ini, jadi simpan jela camera...

Tiket  masuk adalah RM 25 - Dewasa dan RM 35 - Kanak-kanak

Mewarna dengan gembira

Mak dan Eiman


Peace katanya

Tak dapat bergambar dengan dinosour, dapat gambar dengan dinding dinosour pun jadilah Eiman! 

Puas aku pujuk dia ajak bermain dekat Gunung berapi tu, sampai kena angkat dukung baru lah nak main. Budak-budak seronok main dengan volcano ni sebab dia memuntahkan balik bola yang dimasukkan ke dalam lubang di bawahnya.

Setelah penat bermain pasir, Volcano dan mewarna, kami keluar dengan gembira. Walaupun tak dapat menikmati pengembaraan bersama dinosour sepuas-puasnya, namun kami tetap gembira. Mak pun happy jugak. 


"Tangkap gambar mak kat sini"..kata mak

Kesayanganku

Selain melihat dinosour secara lebih dekat, ada aktiviti pengembaraan dan kuiz yang perlu diselesaikan oleh pengunjung semasa di sini. Ada juga aktiviti lain seperti Wall Climbing, Menembak Nyamuk dan memanjat belakang dinosour untuk bergambar kenangan.  

Ruang luar Discoveria


 Mak dan eiman bergambar di pintu masuk Discoveria.

Kesimpulannya, satu pengalaman yang menarik dan aku akan ulang semula ke sini bila eiman dan besar sikit dan bila dia berani.

Laman Web Discoveria : http://discoveria.com.my/

Oh ada beberapa blog lain yang menulis tentang Discoveria ni.. Seronok baca:
http://simplyakuogosh.blogspot.com/2014/09/kl-untuk-anak2-discoveria-avenue-k.html
http://littlemamadiary.com/pameran-dinosaur-dinoscovery-dinosaurs-live-discoveria-avenue-ampang/

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah ya!