Monday, 6 April 2015

Restoran SweeTree, Makanan Korea yang Halal di Ampang

Salam,
Wee huu.. 2 minggu lepas kan aku ada cerita di Instagram yang aku cabut gigi geraham bongsu kan... makanya sebelum cabut gigi, aku telah meminta satu hajat kepada Oppa iaitu seperti petikan di bawah:

Nova : "Oppa! i nak makan makanan korea yang sedap! pastu nak yang ekslusif". 
Oppa tersenyum memandang aku... 
Oppa: "Dah tahu dah..nak makan Sweet Tree la tue! Bawak kedai tepi jalan kang baru tahu!" 
Nova : "Opps..Sorry oppa, perut i yang tak nak .. i ok jerrrrr" hahaha... tet~!

 Ke SweetTree Jom! Oppa Gangnam Style.. tet tet tet .. tet tet.. Jom masuk! Annyeong Haseyo!


Google boleh jumpa alamat.. siap tulis "The Only Halal Korean Food in Malaysia" okei!!

Sebelum makan selfie dulu.. hihi


Terima kasih Oppa kerana bawa saya ke Negara Korea. Walaupun tak sampai lagi ke sana tapi i dah gembira sangat! hihi... Oppa yang baik hati.

Untuk mencipta rasa romantika cinta lara arena 306 kami memilih untuk duduk di bawah pohon bambu yang rendang dan sepoi-sepoi bahasa di tiup angin. kih kih - di tingkat atas restoran

Alaa... sweetnya, dia bagi hot towel sebelum makan, boleh buat lap tangan lap muka lap pipi lap mulut haha..

Kemudian, pembuka selera pun sampai.. apa tu?... ha inilah bubur nasi dengan kimchi di letakkan ditengahnya, nama korea banchan. Wow! Terkejut jugak aku sebab layanan istimewa! Sukala dan memang omsem sangat. Kerlasss!

Sumpah air dia sedap. Banana sebelah kanan ni esoknya aku suh lakiku.. ehh oppa tapau satu lagi.

Comel kan.. hihi healthy sangat!

Oppa! hahaha...

 Dua pinggan Kimbab aku order.. makan makan..


Ni lakiku punya : Bulgogi Plate - ehh.. kalau tak silap la
Bawah telur goreng tu ada nasi goreng

Lepastu jom tengok pula hiasan dalaman kedai ni jom! Dinding di cat dengan seni corak daun. Satu idea yang sangat menarik dan sangat cantik.

Ruang ini sesuai buat pelanggan yang hadir untuk bersantai dalam kumpulan

Tangga menuju ke ruang bawah. Tangga juga di cat dengan corak daun. Menarik!

Lukisan pokok dan daun dari seni tampalan. Menyejukkan mata memandang, terasa segar.

Ini di kawasan ruang hadapan kedai. 

Konsep kedai adalah bertemakan ciri-ciri Negara Korea. Terasa aura korea apabila berada di dalam kedai ini. Mengujakan!


Yes! Yang penting HALAL! Tak perlu was-was!

Jika nak tengok menu boleh ke Laman Web SweeTree di pautan berikut:

Aku juga ada jumpa beberapa blogger yang telah ke restoran ini dan aku rasa seronok baca entry diorang pautan seperti di bawah:
http://www.radinfadli.com/makan/sweetree-restaurant-makanan
http://farahkelipketah.blogspot.com/2014/04/sweet-tree-cafe.html

Macam mana? Best tak? DaeBak!!! Terbaik! Terima kasih Oppa sebab bawak saya ke kedai ni. Lepas ni nak mintak bercuti ke Negara Korea pulak la.. kikiki...

Total makan dalam lingkungan RM 45 -50.

Sekian. Terima kasih kerana sudi datang ya!