Wednesday, 1 April 2015

Selamat Hari Jadi Eiman Yang ke-2 tahun

Salam,
Holla, pada bulan Februari hari itu, majlis sambutan hari jadi eiman di buat secara kecil-kecilan. Memang ada rancang nak buat besar sikit tahun ni, tapi memandangkan kesibukan dan sebagainya maka, kami sambut bersama keluarga sahaja. Alhamdulillah walaupun sederhana tetapi keseronokan dan kemeriahan tetap terasa!

Selamat Hari Jadi Anakku Eiman ke -2 tahun

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. What?? macam tak percaya je rasanya. Eiman dah pandai nyanyi, dah pandai sembang dan dah pandai macam-macam. Semua pengalaman yang aku rasai untuk membesarkan eiman adalah satu anugerah yang tidak terhingga. Dengan kehadiran eiman, hidup kami sekeluarga bertambah ceria nampaknya sebab mulut eiman pun ikut mulut aku jugak. Asik bercakap je pok pek pok pek siang malam. haha..Alhamdulillah syukur.

Pagi tu, aku call Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Bangi. Nak pastikan kedai tu bukak ke tak, dan tanya jugak kalau-kalau perlu buat tempahan. Nampaknya boleh walk in sahaja. Mudahlah, kalau begitu. Petang tu dalam pukul 5.30 kami bertolak ke Bangi.

Mak dan adik kesayangan

Eh.. abam sado saya la!

Actually, macam-macam kami order ikan bakar, sotong, ketam, lala, tomyam segala bagai. Tapi sebab lapar dah aku pun lupa nak ambik gambar semua masakan tu. Yang pastinya semua sedap-sedap belaka!

Cuaca masih terang dan cantik. Alhamdulillah.


Bersama keluarga Kak Jaja, ibu eiman yang selama ini menjaga eiman dengan baik tak tumpah seperti anak sendiri. 

Eiman bersama-sama tiup lilin dengan kak mia


Excited sangat nak pegang animals tu..

Kek yang dibuat sendiri oleh ibu eiman. Bertemakan hutan dan binatang. Sebab eiman memang suka animals..


Ok.. mak dia pulak nak bergambar

Bagi dia makan nasi sebelum makan kek

hihi.. terima kasih abang kerana menjadi suami yang penyayang kepada saya dan eiman.. I lap u lah!
  
Ha... simple kan. Tak payah pikir pening-pening yang paling penting kita menghargai orang yang sentiasa bersama menjaga dan membesarkan eiman selama ini. Sambutan ini memang bertujuan untuk menghargai mereka. Terima kasih buat mak, nurul, abah, ira, kak jaja, abang anuar, kak mia dan semua! 

Kalau nak cerita makanan di sini memang terbaik tip top mantop dan sedap-sedap semuanya. Tak payah pergi Kuantan, tak payah gi jauh-jauh. Pilih je ikan mana nak besar ke kecik ke, semua ada. Cakap je nak masak apa! Yang penting sediakan uwang yang cukup.. hihihi..

Eiman pun dapat hadiah dari kak Mia

Terima kasih sekali lagi pada semua. Terima kasih juga kepada pembaca blog Nova Leeza yang setia. Saya sayang kamu semua!

Sekian.