Thursday, 14 May 2015

Ayam Penyet Nusantara Wangsa Maju Sedap Suka dan Terbaik!

Salam,
Ayam Penyet ni salah satu dari berpuluh-puluh makanan feveret aku. Bila mood tu rasa nak makan ayam, ayam penyet salah satu jenis makanan yang akan terawang-awang di kepala. Seingat aku mula-mula aku makan ayam penyet ni masa di bangi, kakak aku yang bawak. Kalau guna search box sebelah kanan ni taip "Ayam Penyet" beratur entry kedai ayam penyet aku dah pergi selepas itu. 

Tapi kan, kedai yang ni, memberi impak yang lain macam sikit pada aku. Yang memperkenalkannya adalah Kak Byha, my officemate. Dia kata ayam penyet dia sedap dan sambal dia power! Serius ke?.. tengah hari tu terus pergi ke sana!  #AyamPenyetNusantara

Sirap Selasih dan Barli Suam. 
Sirap Selasih ni dah register sebagai minuman kegemaran aku jika datang ke sini.

Ha.. macam-macam makanan ada, ada masakan Jawa, Padang, Bakar dan Sup

Kedai ni terletak di tingkat atas, luas dan selesa. Ada aircond tu penting sebab jap lagi nak makan makanan pedas2 kan!

Tempe Telur Berlado! Aihh!!! Sedapnya!

Talapia Berlado ni feveret kak Byha. Serius sedap katanyer! Sebab setiap kali aku lepak dengan kak byha kat sini, most of the time dia akan order Talapia Berlado ni.

Aku pulak order Sotong Penyet. But agak mengecewakan dan sotong garing sangat liat tak bleh nak makan. :(

Gulai Lemak Cili Api Pucuk Paku mesti wajib ada! Sedap ni pedas pedas pedas weh!

Taraa!! Menu kami haritu! Masa ni pertama kali aku pergi. Tapi kini dah 14 kali dah kot aku ulang alik kedai ni. Ayam Penyet dan ayam Bakar dia pun memang win! Sedap!

Thank you kak byha sebab perkenalkan restoran ni! Daebak!! 10 bintang!

Yang aku recommended sangat adalah Ayam Penyet, Lele Penyet dan Talapia Berlado. Gambar ayam penyet tah mana aku letak, tapi memang sedap lah! Aku suka sebab dia pedas dan bagi banyak keropok2 halus tabur atas ayam penyet tu. Tahu tak apa aku cakap? Ha.. tak paham?

Ok kalu itu macam, tarak paham itu macam, itu pirigi sana kedai la! Cuba kasi sattu kali!

haha.. ni ha bangunan tu dan alamatnya



Ayam Penyet Nusantara
53300, 43, Jalan Wangsa Delima
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

Terbaik! Jap lagi nak makan ayam penyet kat sini lah! Oh ya, jangan lupa standby tisu, kot kot ternangis kepedasan dan kesedapan. hahaha!

Terima kasih singgah sini. Singgah selalu ya!

Sekian.

------------Updated 18 Mei 2015---------------

Nah ai kongsikan gambar Ayam Penyet dan Ayam Bakar yang sedapseperti yang aku cakap haritu. Ce tengok keropok2 serbuk pada ayam penyet tu... ahh.. sedap sedap!

Ayam Penyet

Ayam Bakar.. hihi dah tercubit sikit kikiki

Ok Sekian. Terima kasih.