Monday, 18 May 2015

Berus Make-up Body Shop Sangat Best dan Awesome!

Salam,
Selepas cerita makan, meh nak story cerita shopping Berus Make-Up di The Body Shop KLCC beberapa minggu lalu. Kalau ikutkan, aku cuma ada sebatang berus make-up untuk powder/blusher sahaja selama 2 tahun kebelakangan ini. 2-in 1 terus, kira pandai-pandailah nak hidup kan... Jangan merah-pink muka dengan baki blusher pada berus sudah. Ha.. tengoklah betapa aku tak ambil kisah sangat pasal berus ni. Lagipun aku bukannya pro nak pakai berus-berus segala bagai ni.

Ni set Mini Brush Kit
Harga RM 99.00
Nampak besar je dalam gambar, actually ni mini je, sangat senang mudah di bawa weh


Tapi sejak dua menjak minat make-up tu datang balik, pengaruh rakan sebaya dan blogger-blogger cantik-cantik, aku pun mula menanam minat balik untuk mengumpul barang make-up semula. Masa sebelum kahwin dulu memang kaki make-up sangat oii.. pakai nak jenama CD-Dior je, Mac, Anna Sui dan seangkatan je dari primer,foundation, finishing powder sampai lipstik wajib nak mahal lah! Tu dulu, masa tu takda la nak beli susu pampers anak.. uhh.. teringat zaman sudah berlalu..

Kemudian bila mengandung, hormon kejantanan merasuk ke dalam diri, sebab anak lelaki kan, terus aku menyampah tengok semua tu, simpan sampai expired lepastu aku buang. isk isk.. rugi betul. Dah 2 tahun lebih ni, hormon wanita telah mendominasi di dalam diri semula, aku pun terminat balik ntah kenapa macam terkena rasukan. Tiap-tiap minggu duk ulang masuk Seporahh dekat KLCC dan Avenue K tu. 

Ha.. panjang dah membebel, ni nak cerita beli Mini Brush Kit dan Face & Body Brush    

Comot sikit casing dia ni duk bergelumang dengan berus gabak satu lagi tu, nak cari casing berus lak

Ada Blusher Brush, Eyeshadow Brush, Slanted Brush and Lipstick/Concealer Brush
Comel giler sangat kan!

Ha... ni sakan duk mengoles pipi merah... acehh,, berlakon je tu, gambar nak masuk blog kan.

Berus Kedua Face & Body Brush 
Harga RM 89.00
Tekstur Lembut nak oii
Sapu kat muka terus rasa nak tidur
Kakak aku pakai berus ni dah masuk 4 tahun gamaknya... sampai tercabut batang! Punyalah suka, sedap dan tahan lama weh. Bagi aku, berus Face & Body ni memang satu pelaburan yang sangat berbaloi!

Berus tebal, lembut dan halus

 Tengokla dia pick-up loose powder Body-Shop tu, sekali angkat je, dia melekat terus kat berus tu
Lepastu, sapuan adalah sekata pada muka dan memberikan efek licin yang aku suka!

Suka ai pakai berus ni! Memang one of the best yang aku tahu lah! Cewah, beria je bergambar kan...

Kalau bagi aku, berus dari Body Shop ni memang sangat best sangat awesome. Walaupun bila campur dua jumlahnya RM 188. Menggigil nak bayau.. tapi demi mendapatkan efek muka yang berkilat licin lincau ku pejamkan mataku. Makan megi nangis-nangis la hujung bulan ni... hahaha... eh lupa lak, ha.. boleh pau sikit abang sebelah. kiii kii kii. Yang ni dia tak sponsor, bayar sendiri, dia geleng kepala je tengok. 

 Ok, itu sahaja untuk sharing is caring hari ini. Sehingga berjumpa lagi ya!