Thursday, 28 May 2015

Haritu Best Buy World Buat Clearance Sale Sehingga 70%!

Salam,
Haritu aku dapat emel dari Best Buy World mengenai Clearance Sale mereka di The Sphere, Bangsar. Diskaun sehingga 70% tuuu!!! Menjuling mata tengok 70% tu wehh. Aku dah beberapa kali beli online dengan Best Buy World ni, dia selalu buat sale dan ada mini-mini paket perfume, kosmetik, beg dan macam-macam lagi. Aku suka kecik-kecik ni sebab cepat bosan dengan satu-satu produk. Aku suka tukar-tukar.

Ni hasil Sauhan ku!  

Aku ni memang agak kuat shopping, kalau nak cakap Shopaholic tu aku tak kesah pun. Siapa yang tak suka shopping kan? Perempuan gila pun suka kalau dapat benda baru! hahahaha Aku dengan gigihnya bersama kak Byha pergi ke Clearance sale ni dengan menaiki LRT tau. malas nak cerita drama sangat tau! 2 hari je dia buka masatu, ekkk dah takda dahla..haritu je haritu..


Nak cakap barang dia banyak giler takdala, selected item je ada dan tak rambang mata sangat lah.. Kalau kira napsu shopaholik aku tu boleh di kawal la. Tu pun kak byha yang menjadi tukang penasihat. Nah ni ha aku beli .. ada Clinique Lip Color Balm, ada Estee Lauder Make-up Remover, Clinique Mask aku beli dua, satu aku bagi adik ipar, Clinique Foundation dan Cleanser SK 2. Total semua dalam RM 70 ++

Acaner? Best tak?

Aku sempat pakai Chubby Stick Moisturizing Lip Color ni je dulu, itu pun sebab letak atas meja opis. Tengok cermin je tenyeh stick ni. Muah muah. Suka mak!



Chubby stick ni No 07 Super Strawberry, Harga RM 19 kalau tak silap aku. hihi murah kan!

Warna dia tak terang sangat, just nice untuk office make-up. Pastu tak melekit dan senang di pakai. Suka sangat!! Sekarang ni memang tenyeh ni je lepas breakfast, lepas lunch ke lepas minum petang ke..

Yang lain tu nanti aku pakai aku review ye. Thank you for coming again!

Kalau nak tengok offer best-best boleh jenguk ke Laman Web

Daftar dan Subcribe, kalau ada offer best-best nanti dia hantar pada emel.

Jangan lupa tagline kita ye adik-adik "Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!" <--- tagline ni asal dari best friend aku Nuren.. my pembakar semangat untuk cantik!