Wednesday, 20 May 2015

Bye Bye Encik Shamsul!

Salam,
Salam Perpisahan buat En. Shamsul..kerana naik pangkat ke Gred F52. Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya!

Walaupun bekerja di bawah En. Shamsul selama setahun sahaja, tapi kami sangat gembira dan seronok. Banyak ilmu yang di ajar dan Bos sentiasa mendengar dan membantu kami menyelesaikan masalah di tempat kerja. Tambah pula sempat bersama mengadakan Hari Keluarga bersama-sama. Semoga kita berjumpa lagi.


Dua rangkap pantun buat bos.

Tanam lenggun tumbuh kelapa 
Terbit bunga pucuk mati 
Budi tuan kami tidak lupa 
Telah terpahat di dalam hati 

Dari mana hendak ke mana 
Tinggi rumput dari padi 
Tahun mana bulan mana 
Semoga kita bersua lagi 

Hadiah dari kami disampaikan oleh PSU Kanan kak Byha 

Ha.. selfie satu.. kah kah.. 

Makan Western sedap sangat. Terima kasih Syuhadah sebagai Ketua Kelab Unit dan turut menyumbang dana, En. Bos. hihi bos memang pemurah selalu belanja kami makan.

Team Pembangunan... Kak Laili je takda, cuti 

Terima kasih en. Shamsul

We will miss u En. Shamsul

Sekian. Terima kasih dan sehingga berjumpa lagi Bos!