Thursday, 7 May 2015

Cantik di Mata Suami Penting Bagi Mengikat Hubungan Yang Lebih Intim

Alhamdulillah, 
10 bulan yang lepas, selepas entry BERUBAH SELEPAS KAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK, 6 Ogos 2014 dikeluarkan, aku telah berjaya untuk kembali tampil ceria. No more muka hodoh-hodoh dan pakaian macam mak-mak makcik-makcik. Bukan senang oii nak buat semua tu, azam dan semangat memang kena kuat. Bagi mereka yang sedang mengalami masalah yang sama macam aku dulu, aku ucapkan good luck lah ye! harap korang tidak putus asa dan kuatkan semangat. InsyaAllah yang penting niat untuk suami kita gembira memandang isterinya. #TakGhittceww!

"Makteh makteh muka mak teh macam lisa surihani lah!" Danish...
hahaha... iye ker kau tu?

Nah, terimbau ku di masa-masa lalu, masih segar dalam ingatan kepenatan menjaga anak, urusan kerja dan rumah membuatkan aku rasa sangat-sangat malas untuk memikirkan penampilan diri. Perlahan-lahan aku ubah agar aku boleh kembali menyesuaikan diri dengan corak penampilan imej baru dan masa diperuntukan untuk rutin kecantikan, bersolek, memilih pakaian dan sebagainya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan dan sekarang aku dah boleh berpuas hati dan menarik nafas lega. Eiman pun dah besar, tak perlu dah nak membelek dan mengejar budak tu 24 jam. hihi Selain itu, aku dah mula mengumpul koleksi barang makeup. Yehuu!!! Seronok sangat rasanya! Yang terbaru aku beli berus makeup dari Body Shop. Nanti aku review. #PembahagianMasaItuPenting

Banyak jugak aku belek-belek laman web shopping online sebab nak update pasal trend terkini yang bersesuaian dengan umur. Yerlah dah mak orang kan, sedarla diri sikit takkan nak pakai singlet bagai. Kejadahnya kan. Cakap pasal kos, alamak...ni suami kena support la dei. U nak bini cantik u kena invest lah! Semua pakai duit maaa sekarang! Memang tak dinafikan menagis-nangis bila terkenang pelaburan kecantikan perlu di buat tapi aku beli sikit-sikit setiap bulan. Mana mampu nak beli sekaligus kan. #CantikItuPelaburan

Suami aku nampak gembira setiap kali tengok aku mula memegang makeup dan buat rutin kecantikan malam-malam. Tak pernah pulak dia complain aku asik buang masa dengan makeup ke apa kan, dahtu siap bagi support lagi. hihi dan sejak aku mula berubah ni, dia dah tak complain kata muka pucat ke, suruh aku pakai bedak ke, cakap aku macam makcik-makcik ke.. haa.. Siap makin sayang makin intim giteww! Opps!! hahahaha kalau tak dulu pedas jugak telinga ni dengar semua tu. #SentapMak Malah membangkitkan amarah mak bedah. hahaha sekarang ni aku pula pulangkan paku buah keras, aku complain kata perut dia boroi, muka gelap tak jaga, malas pakai produk, selulit sana sini. haa... rasakan! rasakan! #IsteriCantikSuamiSayang

Tapi lelaki mana kesah pun, cakaplah macam mana pun, takda der dia nak berusaha mencantikkan diri tu, tak macam kita ni cepat terasa terus menangis-nangis tekup muka dalam bilik.hihi Tapi aku rasa bagus jugak laki aku ni boleh cakap terus terang apa yang dia rasa, at least aku tahu kekurangan aku dan aku akan cuba perbaiki. hihihi #BerterusTerangMerapatkanHubungan

Selain dari penampilan, benda lain yang aku jaga adalah berat badan. Actually, ada lah beberapa kawan aku yang perasan aku ni dah banyak kurang berat badan sejak setahun lepas. Serius! Memang aku susut banyak jugak. Dari 60 kilo aku turun sekarang 54 kilo. ahhh.. 6 kilo aku buang. Macam mana aku buat? ... nanti aku kongsi rahsianya lepas ni. hahaha!! #KurusUntukSuami

Berkawan dengan orang yang positif. Ha.. kawan aku Nuren tu salah seorang yang sentiasa motivate aku untuk cantik dan jaga penampilan. Kawan juga memainkan peranan penting di dalam proses transformasi. Tak caya? Percayalah! Kerana ianya benar! #BerkawanDenganOrangPositif

Berdoa Pada Allah, minta permudahkan urusan menguruskan badan. Ha.. siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan padaNya. Aku doa je lepas sembahyang "Ya Allah, mudahkanlah niat aku untuk kuruskan badan". Kalau sehari 5 kali sebulan dan 300 kali ucapan. Orang kata kalau 44 kali cakap jadi. kikiki... doa doa doaaaaa! #JanganLupaBerdoa

Sebelum - Tahun 2014

Kini - Tahun 2015

Agagagaga.. macam model nak jual produk tak? 

Ate.. nak cantik, kenalah berusaha!

Danish : "Makteh makteh, kalau orang tengok makteh ni macam teenagers la, tak tahu pun ada anak"
Aku : hahahahha! Kelakar la kau ni danish!

Orang Kata Budak Kecik Ni Cakap Benda Betul, tapi kalau dah sampai teenagers tu cam nak mengampu je... agagaga

Kalau aku rajin sikit nanti aku kongsi dengan korang Cemana aku Kurus dan Rutin Pemakanan aku. Bagi aku kurus itu penting kalau nak nampak cantik, dan aku bagi 5 sebab kenapa kurus penting.

1. Senang pilih baju lawa-lawa kat kedai
2. Perspektif lelaki kebanyakkannya "kurus itu seksi" #merecik
3. Kalau gemuk nampak tua, kurus nampak muda
4. Kurus kita akan rajin, gemuk jadi malas, kalau nak cantik kena rajin
5. Kurus Sihat, Gemuk Cepat cepat kena sakit. - yang ni serius betul, masa aku gemuk asik sakit je

Ha.. kawan-kawan camana? Bersedia untuk cantik dan kurus tak??

Jom, pedulikkan kata orang, kuatkan semangat ok!! Pasni aku kongsi tips kurus aku.

Sekian. 

#SayangKorangKetatKetat