Wednesday, 13 May 2015

FISKE STEAK HOUSE SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN

Salam,
Hari ni aku nak kongsi satu kedai makan yang sedap dan harga berpatutan. Kedai ni adalah kedai favourite mak dan ayah mertua aku. Kalau diorang bosan-bosan nak makan kat luar, mesti pergi kedai ni. So sweet dan romantik. Masa sambutan hari jadi sesiapa pun dalam keluarga kami, Fiske Steak House ini merupakan lokasi feveret.

Mak Ayah Mertua aku selalu order Mixed Grill. Memang tip top sangat! Beef Steak dia pun sedap. Ahh... terliur bila teringat. 40 juta kali pergi pun takpe dan takkan jemu. Nak tengok kami order apa meh meh jom baca selanjutnya.

Nyam nyam sedapnya air.. dahaga la pulak

Roasted Chicken ni adalah feveret aku. Ayamnya di masak secukupnya, tak terlebih tak terkurang dan tak pernah mengecewakan. Dahtu besar pulak, siap dengan salad, cheesy macaroni segala bagai la dalam satu set. Memang kompom kenyang!

Chicken Soup dan Garlic Bread untuk eiman

Set Asam Pedas Melaka pun ada tau! Kakak aku teringin nak makan asam pedas

Telur Dadar, ada bawang-bawang dan sayur kacang lagi, tak kedekut langsung!

Nasi putih, sambal, ulam dan telur masin

Husband aku pun order asam pedas jugak. Kakak aku ni jenis cerewet makan, kalau tak sedap memang dia komplain terus tak sedap, tapi yang ni dia puji kata sedap dan menepati piawaian asam pedasnya. Nasi pun disusun comel je macam tu siap dengan ulam-ulaman dan sambal. 

eh.. bergambar pulak.

Lokasinya aku ada letak kat bawah kalau korang nak pergi. Memang recommended sangat Fiske Steak House ni. Yang pastinya memang selalu full house! Dah sedap kan mestilah ramai orang. Ok, kalau korang pergi roger lah ai, kot kot ai pun nak pergi lagik! 41 juta kali pon takpe! hihihi

Fiske Steakhouse
Medan Selera Taman Desa Keramat
Malaysia

Sekian, terima kasih sudi singgah. Singgah selalu ya!