Saturday, 23 May 2015

Berwangi-Wangi Dengan Thinking of Love™ Eau de Parfum Dari Mary Kay®

Salam,
Holla ketemu lagi kali ini Nova nak berkongsi satu Perfume/Minyak Wangi yang telah membuatkan Nova nak fefeling romantik je dua tiga menjak ni. Hati ni berbunga-bunga je tau sejak perfume ni hadir dalam hidup Nova! Tapi sebelum Nova kongsi dengan lebih lanjut, Nova nak kongsikan maklumat dengan korang semua "Apakah Kebaikan Memakai Minyak Wangi dan Kenapa Kita Harus Pakai ye...".



Diantara kebaikan kepada si pemakai minyak wangi adalah :

1- Menyegarkan diri
2- Meransang Minda
3- Memberikan daya tumpuan dan fokus yang lebih
4- Memberi Ketenangan Jiwa
5- Menaikkan semangat dan Keyakinan Diri

Ha... banyak tak kebaikannya, ada banyak lagi kebaikannya tau. Jadi berbalik kepada Thinking of Love™ Eau de Parfum ini adalah koleksi baru yang dilancarkan oleh Mary Kay®. Ia adalah hasil adunan dari beberapa jenis bau-bauan yang mengasyikkan iaitu buah Citrus, Sparkling Mandarin, Turkish Rose Petals, French Violet and Pink Honeysuckle, Vanilla Madagascardan, Rich Iris, Velvety Musk dan Indonesian Sandalwood.


"Mapping your journey of romance through moments and keepsakes"

Ia adalah seperti pemetaan perjalanan percintaan melalui detik-detik dan kenang-kenangan. Bau yang segar dan aroma bunga dicipta untuk memberi inspirasi kepada detik-detik dan kenangan baru.


Thinking of Love™ Eau de Parfum adalah hadiah kasih sayang- yang direka khas dengan removable charm yang boleh dipakai beserta  nota cinta kosong untuk memberitahu apa yang anda rasakan padanya. Anda boleh raikan tarikh istimewa di dalam hubungan anda!

1- Tarikh lahir kekasih anda
2- Ulang tahun Istimewa  / Special Anniversaries
3- Hari Perkahwinan atau Baby Showers
4- Hari Valentine atau Krismas


Dia ada 3 barang iaitu Perfume, Body Lotion dan Shower Gel

Warnanya Pink dan Putih. Sangat-sangat cute okey! Nova juga suka botolnya bulat, tak berat dan sangat cute!

Letak di atas meja memang cantik!

Kalau lihat pada botol perfume, ada Removable Charm yang boleh dipakai

Apa yang menarik sangat adalah baunya membuatkan Nova teringatkan suami tersayang. Terasa nak beromantik-romantik giteww! 


Jadi dapatkan bauan kasih sayang ini untuk anda ya! Bukan anda sahaja bahagia, pasangan anda pun rasa teruja tau!!