Thursday, 21 May 2015

Kakak Belanja Kasut Jelly Bunny Yang Comel

Salam,
Jadi adik memang seronok sebab dah kahwin pun boleh pau kakak. Haha.. 2 Minggu lepas kita pergi KLcici jalan-jalan dengan kakak kita. Masuk satu Butik Kasut nama dia Jelly Bunny. Kawaaaiiii! Chomel sangat-sangat aih! Eiman tidur dalam stroller masa tu, so bolehla belek-belek kasut Jelly Bunny tu puas-puas. Nak tengok aku pilih yang mana? Jom baca selanjutnya...



Tengok harga taklah mahal sangat. Dalam bermula rm 49 dan ke atas.. kasut kanak-kanak RM 39 je. Dahlah tu comel-comel. Eiii geramnya!! Warna dia pelbagai macam cokelat mashmallow, design super cute! Flat, high heels macam-macam design ada tau. Ai suka sangat!

"Jelly Bunny a new brand that offers candy colored jelly-like footwear using high quality PVC plastic material. Hang out with friends, walk around malls wearing comfy and trendy footwear.. Jelly Bunny gives you that vibe! Focusing on classic, retro and vintage-retro trends undeviating from the modern styles, Jelly Bunny footwear are perfect for this generation!" sumber Laman Web Suria KLCC

Masa tengah belek-belek kakak aku tanya, "Nak tak?" ... mesti lah nak kan! Siapa yang tak suka kasut. Perempuan gila tepi jalan puka suka tau. Tapi... tak bolehla nak shopping lagi sebab bulan ni dah shopping macam-macam haritu. Kemudian kakak cakap "You ambikla satu, i bayarkan" terdiam aku sekejap sambil memandang "Whattt!!!! No way! Are you serious?" Kemudian dia membalas "Yerla, ambikla, satu i bayarkan! Cepatlah pilih!" wehoo! hahahha ketawa besar aku "Yeay Yeay!!! Thank you Nyah! bestnyer!" ... lepastu 10 jam pilih kasut dalam tu, padahal nak beli satu je. Perempuan...  


pilihan hatiku biru

Lepas bayar terus pakai. Seronok dan excited sangat. Siap dapat 20% off sebab Mother's Day Promotion. Dah sejam berjalan, ada rasa sakit sikit pada belakang tumit dengan anak jari kaki. Dah pakai 2 ke 3 kali baru rasa ok. Anyway.. Jatuh cinta pulak aku pada kasut ni dan bila berjalan rasa macam tak pakai kasut je. Nanti nak beli beg pula lah, nampak comel-comel je. Nak pau siapa pulak ni.. agagagga!

 Comel kan.. bukan kasut comel je ada, beg cute pun ada tau



 


Nak tengok banyak lagi boleh ke Laman web Jelly Bunny 


Lokasi Jelly Bunny Store adalah : 


Sekian. Jumpa lagi..