Thursday, 7 May 2015

Lebih Kurus dan Cantik Bersama Mayfair Bodyline

Salam,
Hye semua pembaca blog Nova Leeza. Hari ni Nova nak berkongsi pengalaman Nova semasa Nova menjalani rawatan pelansingan dan rawatan muka di Mayfair Bodyline. Kenapa Nova memilih Mayfair Bodyline? ah.. sebab Mayfair Bodyline ni mempunyai pengalaman selama lebih dari 30 tahun di dalam industri pelangsingan dan kecantikan. Peneraju utama di dalam pelangsingan, rawatan muka dan pusat Spa. Mayfair juga merupakan One-Stop Beauty Centre yang memberikan perkhidmatan menggunakan Teknologi Moden. Ha, hebat kan? Selain itu, pengoperasian dijalankan oleh Perunding Professional yang terlatih dan Ahli Terapi. Yang pastinya hasil dari rawatan Mayfair pasti membuatkan anda gembira dan puas hati.

Jadi, apa tunggu lagi jom kita tengok apa yang Nova jalani semasa di Mayfair Bodyline.

Wah.. cantiknya! Nova rasa seronok sangat bila berada di ruang hadapan Mayfair Bodyline ni. Bukan sahaja cantik, malah wangi dan penyambut tetamu pun manis dengan senyuman.


Ruang menunggu selesa dan tenang.

Ha... macam mana? Cantik kan! 

Memandangkan keadaan yang cantik dan indah ini, haruslah Nova bergambar dahulu sekeping dua kan.

Dimulakan dengan Scanning kulit dahulu untuk melihat jenis kulit dan masalah yang Nova hadapi. Nova rasa kulit Nova ok je, tapi lepas scan di permukaan kulit baru Nova tahu Nova ni rupanya ada masalah kulit berminyak di T-Zone. Oh! tidak ku sangka-sangka begitu. Nampak tak? Kita rasa ok tapi rupanya lepas scan baru tahu ada masalah.  

Yang menjalankan sesi konsultasi ini adalah Perunding Professional yang terlatih tau. Sekali imbas je dia dah tahu tekstur kulit Nova macam mana. Uneven Skin Tone/ Tona Kulit Tidak Sekata. Hebat!

Nova medengar dengan fokus cadangan rawatan untuk menangani masalah  Uneven Skin Tone/ Tona Kulit Tidak Sekata bagi Combination Skin macam Nova. 

Meh nak kongsi gambar kulit Nova, cantik diluar, minyak di dalam. Nampak tak tekstur kulit Nova yang tak sekata tu, ada cerah ada yang gelap. Selain itu Nova juga ada Blackheads dan Pigmentation. Fuh!! tak sabar dah rasanya nak jalani rawatan muka. 

Inilah borang untuk merekod maklumat pelanggan. 

 Ruang konsultasi, selesa dan privasi.

Kemudian, Nova di bawa masuk ke dalam untuk timbang berat badan dan mengira BMI.

Masa nak timbang ni, berdebar-debar hati Nova sebab rasa badan dah naik beberapa kilogram. Makan tak jaga dan kurang senaman. Memang haruslah Nova dapatkan rawatan di sini. 

Masalah Nova di perut! ha.. lepas bersalin dah menggelebar dah perut ni maklumlah anak dulu bersalin ikut tingkap/Caesarrian jadi tak boleh nak barut dan buat rawatan untuk kempiskan perut. Gembira sangat-sangat bila perunding Nova ni bagitahu yang perut Nova boleh slim macam dulu di Mayfair Bodyline!

Dalam hati seronok sangat lepas ni perut boleh kurang 2 inci ok!

Cadangan yang diberikan untuk rawatan Nova adalah 
-Slim Master Treatment
-Vibe Kinetic Theraphy
-CLA Chili Slimming Treatment
-HEAT Circulation Treatment

Ok dimulakan dengan rawatan Pelansingan perut, jadi Nova dah siap-siap tukar baju ye. Biliknya sangat privasi, nyaman, cantik, wangi dan juga ada musik yang mendamaikan

Terasa nak pose dua tiga keping sebab rasa gembira di dalam bilik yang bertemankan lampu dim dim ni. Ha, cantik dan selesa kan!

Rawatan Nova dimulakan dengan Slim Master Treatment
Ia adalah rawatan pemecahan lemak dengan menggunakan ultra-sound. Mesin ini akan menghasilkan micro-bubble yang akan melanggar permukaan sel-sel lemak, mencetuskan letupan dan pengemulsian sel-sel lemak, kemudian diserap oleh sistem limfa dan sistem perkumuhan, sekali gus disingkirkan daripada badan. Ia juga boleh merangsang tubuh untuk meningkatkan rembesan LPL enzim , yang akan menguraikan asid lemak kepada tenaga.

Inilah mesin Slim Master Treatment. Masa ahli terapi mengenakan mesin ini ke badan Nova, terasa bunyi berdesing pada kedua-dua belah telinga Nova. ah.. itulah bunyi ultrasound yang akan memecahkan sel-sel lemak degil.

Kemudian, Nova di bawa ke ruang ini untuk menggunakan Vibe Kinetic Theraphy 

Mesin ini bergetar dan kesan getaran VKT adalah seperti ribuan urutan bebola kecil dengan inframerah yang dipancarkan dari jauh yang membantu membakar lemak. Kaedah pembakaran kalori adalah lebih cepat dan lebih cekap berbanding senaman biasa. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan, VKT boleh memecahkan 500 kalori, bersamaan dengan satu hingga dua jam latihan dan senaman. Oleh itu, ia membantu untuk mempercepatkan program penurunan berat badan.

10 minit Nova bearada di atas mesin ini benar-benar membuatkan Nova berpeluh-peluh dan terasa proses pembakaran lemak dengan lebih efisyen.


Semasa menggunakan mesin ini, ada sedikit info yang diletakkan di hadapan Nova, jadi Nova kongsikan juga di sini.

 Ha, nampak tak? Angkasawan pun menggunakan vibration untuk memulihkan fungsi badan.

Treatment yang ketiga ialah CLA Chili Slimming Treatment
CLA adalah intipati yang diekstrak daripada biji cili lada. Unsur aktif pada esen capsicum sangat berkesan dan cepat untuk merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan

Ahli terapi ni sedang letakkan CLA cream pada seluruh badan Nova. Kemudian badan Nova dibalut dengan plastik dengan firm sekali untuk memastikan esen dari capsicum itu menembusi kulit badan Nova.

Treatment yang keempat adalah HEAT Circulation Treatment
Fungsi selimut haba yang panas adalah untuk melegakan otot, meningkatkan peredaran darah di samping mengurangkan pembendungan cecair.

Nova suka sangat HEAT Circulation Treatment ni sebab menurut perunding terapi Nova, dengan cara ini pembakaran lemak adalah pada tahap optimum dan sekata. Berbanding senaman biasa, kaedah ini lebih berkesan untuk proses pelansingan badan.

Ha.. Nova sudah siap duduk di dalam Selimut Haba ni. Lampu ditutup, musik dimainkan dan Nova pun terlelaplah selama 30 minit. ha... best sangat ni.

Setelah 30 minit berlalu, badan Nova berpeluh-peluh dan terasa ringan sangat. Perut pun dah nampak slim dari sebelumnya. Masa untuk mencuci badan dan seterusnya rawatan muka pula.

  Bila Nova masuk balik bilik adi, nampaknya ahli terapi pun dah siap-siap dengan semua kelengkapan untuk rawatan Nova

Rawatan muka untuk Nova ni sangat best. Nama rawatan yang Nova jalani adalah Vitaroma. Antara bahan-bahan aktif yang terdapat dalam produk yang digunakan termasuklah:

- Estrek Asid Kojic 
- Estrek Asafetida 
- Vitamin C 
- Bio-Glycolicis


Lapisan demi lapisan masker yang dipakaikan pada muka Nova dan setiap satunya berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui kulit muka. Whitehead dan blackhead pun dia buang, tak sakit pun, lembut je. Siap buat urutan pada muka dan bahu sampai Nova nak tertidur dah. 

Nampak sangat perbezaan sebelum dan selepas?
Lokasi dan pengcahayaan sama je. Nampak kulit muka selepas (kanan) lebih bersinar dan berchaya kan? Tona Kulit Nova nampak sekata sekarang.

Ha.. nampak tak kulit Nova berseri-seri selepas rawatan muka?

Memang tiada secalit make up pun di muka Nova. Cantik berseri dan flawless gitew!

Terima kasih kepada Mayfair dan terima kasih kepada Perunding Professional yang terlatih dan Ahli Terapi Mayfair Bodyline. Rawatan yang layanan yang diberikan sangat memuaskan hati.

Korang pernah dengar tak Impian Anggun? Ha, ia Impian Anggun adalah sebuah program realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair, menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008.

Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri anda dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit anda.

Bukan itu sahaja tau! Korang juga berpeluang untuk menggapai Impian Anggun korang. Nak tahu macam mana?
  1. Follow ImpianAnggun di Facebook dan laman web rasmi Impian Anggun 
  2. Komen di dalam post ini dengan menyatakan ‘Mengapa anda ingin mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anda di Mayfair?’
  3. 10 orang pengomen bertuah akan menerima rawatan tersebut.
  4. Komen sebelum 24 Mei untuk menang ya!

Selain itu, ada berita gembira buat korang semua pada bulan ini, Mayfair mengadakan Promosi Hari Ibu iaitu RM538.00 sahaja bagi 16 sesi Rawatan Badan atau 4 sesi Rawatan muka; Percuma lagi 1 x Rawatan Badan atau 1 x Rawatan Muka. 

Jadi apa tunggu lagi Jomlah ke Mayfair Bodyline yang berhampiran dengan anda untuk nikmati rawatan yang hebat ini. 

Terima kasih Mayfair kerana menjadika Nova anggun dan berkeyakinan semula!

Sekian, thank you for coming ya!