Wednesday, 20 May 2015

Review: Mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Salam,
Harini ai nak kongsi pengalaman mencuba satu produk dari Cetaphil iaitu Gentle Skin Cleanser, yang baru sahaja dikirimkan ke rumah. Thank you Cetaphil! Setahu aku produk ini memang sangat bagus bagi yang berkulit sensitif dan bermasalah malah di rekomen oleh Pakar Kulit. Aku tahu pun sebab adik ipar aku memang pemakai produk Cetaphil ni. Kadang-kadang aku ambil juga sepam dua lotion pelembap dia. hihi

Yey! Produk dah sampai

Aku dapat ni sebab aku buat review dekat Facebook Page Cetaphil. Review selepas mencuba sepam dua tu lah. Ha.. kemudian, pihak Cetaphil kirim Gentle Skin Cleanser ni ke rumah. Wehuu!! Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni adalah No.1 Dermatological Skin Care Brand in Malaysia tau! Cetaphil Gentel Skin Cleanser juga menjadikan kulit bersih, berseri dan sihat. 


Picitan yang pertama, oh, warnanya putih dan tidak melekit

Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit, Ph balance dan Non-Soap/Bukan Sabun. Bukan sahaja untuk muka, ia juga boleh digunakan pada badan. Produk ini diperakui tidak akan memberikan kegatalan pada kulit dan boleh digunakan dengan air dan tanpa air. Ha, sangat sesuai sebenarnya untuk suami aku yang mempunyai kulit yang sangat-sangat sensitip!

Sapuan di muka Nova

Nova guna tanpa air dan Nova urut sekata sambil massage muka ke atas agar meresap masuk ke dalam kulit. Selepas sapuan sekata, Nova cuci muka dengan air biasa. Muka tidak melekit dan rasa segar. Memang best. Pencuci muka ni bukan sabun, jadi memang tak ada buih-buih. Sebab tu dia direkomen oleh Pakar kulit. Ia tidak menyumbat liang pori dan tidak akan menyebabkan kegatalan pada kulit.

Salah satu kebaikan Pencuci muka Cetaphil ini adalah ia tidak akan menyumbat liang pori muka - Non Comedogenic 

Di mana nak beli?

Taraa! Muka memang kena bersihkan selalu, especially bagi mereka yang pakai makeup. Mencuci muka akan membersihkan kulit, membuang sel kulit mati dan membuang segala jenis bahan kimia yang ada di dalam make-up yang melekat pada kulit seharian. Sebelum tidur cuci muka dulu ya!!


tangan tangan.. tangan sikecik tu... sibuk menggentel tudung mak dia.. 

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah ya!