Tuesday, 19 May 2015

PageView Mencecah 400 000 What The .....!!!

Salam,
Macam poyo! Padahal sangat tah hapa-hapa je. Baru 400 ribu jerrr kot. Ahh, blogger "lemb" cam aku ni haruslah berasa gembira walaupun terkedek-kedek nak sampai angka cenggini. Kah kah.. blogger otai tengok gelak-gelak garu perut je kot kat aku. Setimpal la dengan usaha aku yang update boleh bilang dengan jari tangan kaki tu dahla nak blogwalking pun tengah-tengah malam sebelum tido... sambil tengok phone.. sambil mata makin layu dan layu.. ehh.. tertido pulak!  eh dah pagi!... ngeng sangat!


Walau apapun, i nak ucapkan Terima Kasih korang sebab sudi datang baca, sekodeng, mengumpat <-- ehh
takperla asalkan korang bagi visit kat aku. hahahaha... kepada mereka-mereka especially rakan-rakan yang suka panggil aku "Weh! Blog Nova Leeza!"... aku tak kesah pun. sebab korang sebenarnya dah promote blog aku secara tak sengaja... kah kah. 

So, kalau korang tak keberatan layan lah entry-entry lama aku, yang masih aku simpan dan tak plan nak buang pun sebab aku seronok baca cerita meroyan zaman kanak-kanak ribena dulu. Ni dah tua ada anak baru lah nak bersopan sikit. Alhamdulillah. Azam tahun ni nak cakap Pageview 1 JUTA!! Kau MAMPU!!!!! Unique visit ko jangan tanya! Sensitip! haha..

Sudahlah! Ok bai!

ehh gelak pulak! serius ni.