Tuesday, 26 May 2015

Pendedahan Awal Menaiki Keretapi kepada Anak.. Cho0 Cho0!

Salam,
Harini Nova nak cerita berkenaan pengalaman Nova sendiri di dalam membesarkan anak yang seketul tu. ehh..sebelum tu soalan kak bedah selalu tanya pada ai,  "Tak nak tambah lagi ke?"... ha.. ko ingat buat anak tu senang ke kak bedah oii? macam beli dorayaki kat pasaraya. InsyaAllah kalau ada rezeki kan. Siapa tak nak anak berderet macam keretapi kan. Aku pun kalau boleh memang nak buat satu team bola sepak. Ha kau! senang mak, sorang basuh pinggan, sorang cabut rumput, sorang mop lantai, sorang basuh kereta.. tak payah ambik orang gaji. hahaha.. rugi tak baca selanjutnya oii..


Memandangkan kemampuan aku yang terhad ni, bukan sebab sengaja tak nak beranak banyak ok! aku kena lah plan betul-betul. First pregnancy aku haritu melalui pembedahan, doktor suggest 2 tahun rehat sebelum anak kedua. Ni dah 2 tahun lebih. Jadi bolehlah nak tambah lagi. Tapi kalau pikir je pun tak jadi jugak kan, kena lah usaha. Tapi kalau usaha je pun tak jadi jugak, kenalah berdoa. Allah yang lebih mengetahui dan rezeki anak Allah yang bagi. So, kak bedah luar sana yang suka tanya, ai memang tengah usaha dan berdoa, apa kata kak bedah-kak bedah sekalian pun tolong doakan untuk hakak okey! Thank you! muah muah. Sayang kak bedah! 

So.. move on to our topic. 
Ni nak kongsi pengalaman ai dalam membesarkan anak yang seketul tu.. (kak byha yang selalu pakai perkataan seketul ni, ai cilok pinjam ye kak). Anak aku ni mula-mula masa umur setahun suka binatang. Sabneka binatang dia suka gajahlah, zirafahla, lion, tiger, bear, zebra, hipo, cat, chicken, cow semua dia suka. Dah masuk setahun setengah suka Lori pulak, lori sampah, lori semien, lori barang, truck semua jenis la. Ni dah masuk 2 tahun suka keretapi pulak. Hari-hari lagu Thomas & Friends tu. Cho cho cho cho.. naik basikal pun macam naik train dah bunyinya.

Jadi sebabkan dia suka train, aku dan husband decide bawak dia merasai pengalaman naik train. Lagipun murah je RM 1.60 je dari Setiawangsa ke KLCC tu. ha...

Budak paling teruja dan excited naik Train

Seronok eiman merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi. Harap lepas ni, dia lebih faham maksud train yang dia selalu sebut-sebut tu.

Bagi yang selalu mengikuti blog ai, ai memang selalu bawak anak pergi tempat-tempat gini, sebabnya adalah supaya Eiman faham konsep, dapat meneroka dan melihat sendiri sebagai pendidikan awal, seawal usia 1 hingga 3 tahun ni. Meh ni nak kongsi Kenapa Pentingnya Pembelajaran Awal ni. 

Petikan dari Laman Web Permata Negara - Kurikulum Permata Negara
Kalau nak tengok boleh ke link ni : http://www.permata.jpm.my/1/page.php?s=muat_turun

2.10 Kepentingan Pembelajaran Awal 

Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Potensi pembelajaran bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam kandungan lagi. Pada peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini, pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya. Pada usia ini otak kanak-kanak seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat dari persekitarannya.

Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka. Personaliti yang terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan mulia, positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah kepada mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti.
  
2.11 Tiga Tahun Pertama

Perkembangan otak kanak-kanak adalah kritikal pada umur tiga tahun pertama. Kebanyakan daripada perkembangan asas kanak-kanak berlaku pada peringkat umur ini dan sebahagian daripadanya dikatakan akan kekal sehingga dewasa. Saintis menganggarkan bahawa menjelang umur tiga tahun kanak-kanak telah membina sebanyak 1,000 trilion jaringan (sinaps) - kira-kira dua kali ganda penjaringan yang ada dalam minda orang dewasa. Minda kanak-kanak dikatakan sebagai “superdense” atau sangat tepu dengan maklumat menjelang usia 10 tahun. Bermula daripada usia 11 tahun, ia akan membuang jaringan-jaringan yang kurang sesuai dan keanak-anakan – proses ini dinamakan pruning atau ‘mencantas’. Jaringan yang tinggal adalah jaringan-jaringan yang berkesan untuk membina asas pemikiran yang kukuh dan matang.

Oleh itu, adalah amat penting setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program pembelajaran awal yang berkualiti. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan awal yang baik dijangka akan membesar menjadi individu yang cerdas minda, kreatif, berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti yang ceria dan positif. 

---------------------------||---------------------------------

Inilah yang dikatakan di dalam iklan tu sel-sel otak berhubung. Ha, sebagai ibu bapa kita berharap dapat bagi yang terbaik buat anak kan? dan salah satu caranya adalah dengan belajar dan faham cara dan bagaimana untuk mendidik anak seawal usia. Actually aku pun kena banyak membaca mengenai keperluan anak di awal usia dan proses pembelajaran yang sesuai mengikut usia. Ada juga garis panduan kasar yang diberikan di dalam modul PERMATA negara ni. Pergi ke pautan berikut (http://www.permata.jpm.my/1/page.php?s=muat_turun) dan boleh tengok Modul Pembelajaran muka surat 99 - 111. Modul ini dilaksanakan di Taska Permata, tapi aku apply juga pada Eiman. Jadi tanggungjawab aku adalah untuk faham dan cuba buat aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. 

Ha.. banyak lagi contoh dan buku panduan untuk membentuk perkembangan awal kanak-kanak dan aku beruntung sebab pendedahan mengenai pendidikan awal kanak-kanak aku terima selama 2 tahun setengah bekerja sebagai IT Officer di bawah Pusat Penyelidikan Awal Kanak-Kanak Negara. Walalupun masa tu aku masih muda dan belum ada anak, ilmu yang aku dapat telah sedikit sebanyak membantu aku di dalam mendidik anak sendiri.  

Setahu aku, negara-negara maju sememangnya menerapkan kepentingan di dalam pendidikan awal kanak-kanak ni especially di Taska-taska mereka. Walaupun di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak masih baru dan belum mencecah 10 tahun, anak adalah generasi kita dan kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab mencorak mereka. Ini adalah amanah Allah dan aku harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain.



So marilah kita menjadi ibu bapa yang kritis dan kreatif agar anak-anak mendapat yang terbaik. Sekian. Terima kasih singgah.