Tuesday, 19 May 2015

Pengalaman di ASTRO Shop at GoShop Yang Mengujakan

Salam,
Holla, ehh dah lama tak cakap holla. Ok harini ai nak kongsi pengalaman semasa ai di Studio Shop at Astro GoShop beberapa minggu lalu bersama-sama rakan blogger dan Social Media Influencer yang dengan kerjasama Nuffnang dan Churp-churp. Kali ni aku pergi di bawah pengurusan Churp-churp. Walaupun hanya perlu update Facebook, Instagram dan Twitter, tapi ku tetap akan berkongsi pengalaman manis ini dengan korang semua. hihi 

Erra, Mas dan Nova bergambar bersama di Studio Shop at Astro GoShop

Pertama kali menjejakkan kaki ke Studio membuatkan aku rasa teruja dan terkesima seketika, tengok syiling banyak betul lampu, kamera kiri kanan atas bawah semua ada.. ehh bawah takda. Kemudian, dapat berjumpa pulak dengan pengacara sensasi meletop keletop-keletop seperti Jimmy, Rai, Syakirin Husnal dan Syamim Farid (Dewi Remaja 2015). Aktiviti yang direncanakan adalah demonstrasi oleh Pengacara GoShop bersama Bloggeratti, Pertandingan Pengacara Terbaik oleh Blogger & Social Media Influencer dan akhir sekali Penyampaian Hadiah kepada Pemenang. 

Makan dulu, kemudian bergambar. Blogger kan.. wajib wajib!

Pass masuk Nova sebagai Contractor. kiki... Oh ya tema baju ai Pink Putih sebab nak matching-matching dengan warna tema Astro GoShop

Dah masuk dalam studio, aku dan Mas duduk di barisan depan sekali, sebabnya kami paling lambat masuk studio pergi Washroom dulu. Ok jugak, boleh ambil gambar paling dekat kan. hihi Dimulakan oleh Rai dan Jimmy yang sangat cool dan mantop. Rileks je berdepan dengan audience yang ramai. Diorang ni memang dilahirkan dengan bakat mengacara. Susah weh nak mengacara ni tau. Kalau la ai duduk depan tu, menggigil-gigil dah..

 Jimmy dan Rai mengalu-alukan kedatangan kami

 Kemudian, ucapan aluan dan terima kasih oleh Dato' Rozalila Abdul Rahman iaitu CEO Astro Go Shop.
Menurut beliau,

"Sejak Shop at Go Shop dilancarkan , kami telah mendapat lebih 50,000 unique visitor. Konsep Go Shop adalah untuk memudahkan pengguna Malaysia, untuk menggunakan produk bermutu tinggi, mudah digunakan dan harga berpatutan"


Selepas ucapan Dato', demonstrasi dimulakan oleh Syamim bersama Blogger Terkenal Kak Pilla dengan produk yang pertama iaitu Yogurberry Yogurt Maker. Kak Pilla maintain je kat depan tu, nampak tak nervous langsung! Bravo!

Kemudian, Abang Nara pulak mempromosikan Q-Steam Iron bersama Syakirin Husnal. Kelakar jugak bang nara ni. Ketawa berdekeh juga kami dibuatnya, gabungan yang serasi lah mereka berdua ni. Q-Steam Iron ni aku memang aim dah nak bodek lakiku mintak belikan. hihi :)  

Kemudian, Blogger cantik mantain kurus walau anak dah dua, iaitu Kak Elly dan Rai. Mereka mempromosikan OriginalRaw 10 Cushion Foundation. Aku yang teruja tengok cushion foundation ni. Rasa nak beli je sesangat. Bukan satu bukan dua tapi dapat 4 tau! 2 refill foundation, senang sangat nak pasang pada bekas tu, ketik ketak je masuk dalam casing dah siap!

Yang terakhir Jimmy dan Blogger Kampung Boy City Girl. Wah wah, memang kelakar weh si Jimmy ni. Pada pendapat aku Jimmy ni sangat berpengalaman dan cara penyampaian dia memang mambuatkan aku tertarik untuk membeli HUROM Slow Juicer ni. Kelakar si Jimmy ni, menceriakan suasana di dalam studio tu. Kalau dalam TV pun Jimmy ni memang nampak semangat. Seharusnya itulah yang perlu dilakukan oleh pengacara, perlu semangat dan pandai berinteraksi dengan penonton kan!

Jimmy sempat mengacau anak Blogger Fazrol Amer ni.

Kemudian, kami di bahagikan di dalam beberapa kumpulan dan aku bersama Kak Pilla dalam kumpulan Yogurberry Yogurt Maker. Kami kena pilih 2 orang wakil yang akan menjadi pengacara untuk mempromosikan produk ini. Travel Blogger Izzati dan Blogger Pena Berkala sebagai wakil kumpulan kami.

Setiap kumpulan kena hantar 2 wakil, dan pengacara Blogger Mahadi Maha Mahu dan pasangan memang paling kelakar dan mereka menjadi juara cabaran ini!

eh....

Pemenangnya adalah kumpulan Original Raw 10 Cushion Foundation. Tahniah korang!

Eh.. dan aku pun menang weh! Tempat Ketiga dengan hadiah Gintell Foot Massager bagi pertandingan Creative Caption "I Love to #ShopAtGoShop" wehoooo! Thank you Astro sebab pilih gambar saya! Tahniah buat kawan-kawan lain yang menang juga!

 Kemudian, sesi kami bergambar bersama produk-produk #ShopAtGoShop  

 Q-Steam Iron terbaik lah! Menjimatkan masa sangat nak gosok baju sebab dia menggunakan kaedah stim/wap air. Tah payah tekan kuat-kuat pada baju lagi untuk menggosok. Anda cuma perlu tekan punat slim dan wap air keluar untuk melicinkan baju. Pergh!! Bukan baju je, nak cuci teddy bear anak pun boleh guna ni tau! Daddy nak satu ni ye!.... wink wink ::)
Harga : RM 199.00 sahaja


Produk kedua, HUROM Slow Juicer. Kalau korang tengok demonstrasi pengisar buah ni di Astro, mesti korang jatuh hati lepastu nak kumpul duit nak beli. Aku pun sama.. tengah berkira-kira ni.. bagus sangat sebab khasiat buah terpelihara, macam mana warna buah tu, macam tu la jugak warna airnya. Biji pun dikisar halus. Nak basuh paling senang, masukkan air dan on butang.. siap pusing -off- Selesai!! Tak payah nak dismantel apa bagai. Kalau dapat buat air buah hari-hari kan best! Kan kan!
Harga : RM 1,499.00


Produk ketiga Yogurberry Yogurt Maker. Alat ini adalah untuk buat Yougurt sendiri di dalam kuantiti yang banyak. Cara dia, masukkan susu segar, yougurt perasa asli dan tutupkan bekas. Masuk ke dalam bekas kotak dia tu dan tuang air panas. Simpan semalam dah siap! Esok pagi dah boleh makan yougurt! Tak guna elektrik. Kalau anak ramai dan nak buat party memang sesuai sangat!
Harga : RM 179.00 sahaja


Produk ketiga ai is tak sempat nak bergambar sebab produk tu paling banyak peminat. Ni gambar yang ai ambil dr website Shop at GoShop

Nak tengok demonstasi kebagusan OriginalRaw 10 Cushion Foundation ni boleh ke Laman web GoShop. Bukan dapat 1 tapi dapat 4 okey! 2 OriginalRaw Cushion Foundation dan 2 Foundation Refills.
Harga : Rm 169.00 sahaja 

Alhamdulillah rezeki bawak balik mesin urut. Aku tengok kat website Go Shop tu harganya RM 988.00 Wow!!.. dan memang dah niat kalau ai is dapat, ai nak bagi mak pakai kat kampung. Tup tup Menang pulak! Rezeki mak.. seronok mak aku! Lepastu nak cakap Terima kasih pada Jack Nuffnang sebab tolong ai angkatkan hadiah ai yang besar gedabak ni sampai kereta. Thank you Jack!!!!!!

Nah oklast! selfie weefie semua!

 So diakhiri dengan Tagline Go Shop!
Ada TV, Ada PC, Ada Phone, ada Tablet,
Boleh Beli!!!!

Via Phone : 1800-82-0088

Sekian. Thank you korang singgah sini.