Wednesday, 27 May 2015

Review : Elderflower Unperfumed Eye Gel dari Body Shop

Salam,
Holla.. harini nak kongsi Produk Eye Gel dari Body Shop. Tujuan beli adalah kerana bawah mata nampak kedut, hitam, kusam dan hodoh. hehe.. Kalau orang biasa tengok memang tak komen sangat kot, tapi kerana insecured pasal muka sendiri maka harusla mengambil inisiatif untuk mengembalikan keremajaan bawah mata. Acaner tue? Husband aku cakap "Cinta Abang dari mata turun ke hati", ewahh! so sebab nak kasi abang selalu simpan saya di dalam hati abang, saya kena lah jaga mata saya supaya sentiasa nampak cantik di mata abang. Tak gituw? hik hik.. maluu...

Inilah dia ElderFlower Unperfumed Eye Gel tu, botolnya kecik comel je

Gel ini tiada warna, kalau letak atas sinki memang cantik sebab botol dia clear.

Malam tadi ai pakai eye gel buat kedua kalinya. Bila tak cukup tidur, atau mata nampak kusam aku pakailah eye gel ni. Apa tagline kita adik-adik semua, "Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!" hihi ok!

Lepas buang make up dan cuci muka bersih bersih, sapuan dibuat. Nak pakai senang je, ambik secolik, sikit je dan sapuan lembut bawah mata. dap dap dap.. kena tolak ke atas sampai rasa melekit dan terasa kering. Tujuan dap dap ni supaya ekstrak elderflower ni meresap ke dalam kulit. Tapi kena hati2, jangan drag sampai menimbulkan kedutan pulak pada bawah mata. Be gentle ok!  

Selesai sapuan dan tunggu kering jangka masa pakai dalam 5 ke 10 minit sahaja. Kalau malas nak pakai malam, lepas cuci muka, sapu eye gel, berus gigi dan basuh eye gel. Dah siap. Mudah kan?

Kiri

Kanan 

Mata panda ai memang tak nampak besar sangat pun, tapi kalau boleh nak kurangkan kedutan tua tu. hihi maklumlah dah 30 series. Tua tua! Rasa dia sejuk dan melekit. Lepas 10 minit rasa macam gam kat bawah mata which is ok for me and ai suka dia tak ada bau langsung, Unperfumed!

Tara.. pagi ni, mata rasa best. Walaupun baru dua kali apply rasa konfiden yang melampau. Ok malam ni pakai lagi lah. 

Nah harganya, now Body Shop tengah buat offer.
Cooling eye gel ni Best Seller tau!

Laman Web Online Shopping The Body Shop Malaysia

Ok, sekian perkongsian saya. Terima kasih kerana sudi datang. Rajin-rajin singgah le lagi.