Monday, 18 May 2015

Rindu Masakan Sunda? Jom ke Rumah Makan Cibiuk Malaysia di Taman Putra Kajang

Salam
Harini aku nak berkongsi lagi cerita makan, kali ini di Rumah Makan Cibiuk di Taman Putra Kajang. Singgah makan di sini sebab dalam perjalanan ambik kakak aku dr Bangi. Actually, masa bujang dan mula-mula kahwin dulu aku menetap di Bangi, area tu la.. sampailah keluar Eiman, aku dan suami buat keputusan tukar KL, supaya dekat sikit suami aku pergi kerja. Bukan apa kesian dia kena travel jauh, risau weh. Ehh.. cam dah lari tajuk. 

Ok back to cerita makan, Cibiuk ni baru beroperasi dalam 2 ke 3 tahun la macam tu, masakannya adalah masakan Sunda yang berasal dari Bandung.

"Berkonsepkan ‘Fine Dine Family Restaurant’ namun harga-harga produk makanan dan minuman disini amatlah berpatutan dan dalam jangkauan keselesaan semua pihak", petikan dari Laman web Rumah Makan Cibiuk Malaysia. 


Rumah Makan Cibiuk  ini sememangnya salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan kadang-kadang boleh full-house. Bagi sesiapa yang biasa ke Bandung atau Jakarta, Cibiuk merupakan makanan yang popular di sana. Mungkin itu salah satu sebabnya. Aku pun belum pernah sampai lagi ke Jakarta atau Bandung.. harap dapatlah suatu hari nanti.Jom tengok menu yang kami order.

Nasi Goreng Spesial untuk kakak

Nasi Timbel Komplit Ayam Bakar untuk husband aku

Sedap Pedas dan Terangkat- Sambal Cibiuk Merah

Siapa yang tak kenal kan.. Bakso untuk aku

Kalau tengok Nasi Goreng Spesial tu, banyak tau! Boleh makan berdua!

Sempat juga aku snap gambar Rumah Makan Cibiuk ni

Rumah Makan Cibiuk
No. 1G, Jalan Putra 6, 
Taman Putra Kajang, 
Selangor, 43000 Kajang, Malaysia

Eh.. bergambar satu, eiman pun muka sememeh lagi baru bangun tidur dah kena angkat masuk kedai.

So, bagi aku, makanan di sini sedap dan enak. Cara penyajiannya lain sikit, tak macam ayam penyet yang selalu kita makan tu. Kalau nak tahu apa yang lain kena lah cuba makan di sini. Eh.. ni ikhlas tau, bukan iklan berbayar. hihi... Sambal pula, paling win dan seharusnya kalau datang ke Bangi, aku akan singgah makan di sini dulu. Aku bagi 10 bintang jugak untuk Rumah Makan Cibiuk!

Terima kasih singgah sini, jemput tengok makanan-makanan yang sedap-sedap ni ye. hehe Saya pun terliur dah ni.. ahh lapa!!

Sekian.