Monday, 4 May 2015

Sedapnya Marvellous Creations dari Cadbury Dairy Milk

Salam,
Hye semua, hari ini Nova nak berkongsi dengan anda semua tentang perasaan Nova ketika menghadiri Majlis Pelancaran rangkaian coklat baru dari Cadbury Dairy Milk iaitu Marvellous Creations. Macam-macam perasaan ada; teruja, tak sabar dan gembira keterlaluan semua Nova rasa. Yerla, ai ni peminat coklat nombor satu dalam Malaysia tau. hihihi

Nova berpakaian mengikut tema Cadbury Dairy Milk iaitu warna Purple

Pelancaran variasi coklat perasa baru ini dipanggil Marvellous Creations kerana coklat susu Cadbury Dairy Milk baru ini serba lazat dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa, dilimpahi kombinasi perisa dan tekstur luar jangka yang digemari semua orang. Setiap gigitan berbeza dan seperti karnival di dalam mulut! Wah!... hebatkan? 

 Pelancaran Cadbury ni pun berkonsepkan karnival. Meriah sangat dengan belon-belon tu!

Kalau nak tahu, Cadbury Dairy Milk ni merupakan produk coklat yang paling laris di Malaysia*. Kegembiraan yang diberikan oleh coklat Cadbury Dairy Milk ini adalah semenjak kali pertama coklat ini dijual di pasaran iaitu pada tahun 1905. Lebih sepertiga isi rumah mengemari produk ini** yang mana ianya dibekalkan dari kilang coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam. Lama sungguhkan Cadbury ni membahagiakan kita.

*sumber: Nielsen MAT Aug 13, value sales.
**Kantar Home panel ,Aug 13

Perasa Marvellous Creations yang baru dilancarkan ada dua iaitu :
  1. Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy yang disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
  2. Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits yang disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk  

Wow! amacam? Nampak sedapkan? ha... Apa? Nak tahu harganya berapa?
Ada dua saiz coklat Marvellous Creations yang anda boleh pilih iaitu bagi bar coklat seberat 160g (Harga Jualan Disyorkan RM8.90 RCP) dan keping 40g (Harga Jualan Disyorkan RM2.90 RCP)

Bila boleh saya beli di kedai?
Anda boleh dapatinya di kedai-kedai bermula May 2015

Nova bersama replika Peanut Toffee Cookie kegemaran Nova

Nova tengok meja makanan yang menjamu kami juga bertemakan Marvellous Creations iaitu sebuah karnival yang gilang-gemilang

Comel je kan! Terima kasih Cadbury kerana memberikan kami kegembiraan sejak sekian lama :)

Tak sabar kan nak mencuba perasa baru ni! Sama lah, Nova pun nak beli banyak-banyak lepas ni. Sebelum tu jom tengok majlis pelancaran Marvellous Creations.

 Ben Summons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA

 “Hari ini kami sungguh gembira melancarkan satu lagi ahli kerabat Cadbury Dairy Milk yang tidak kurang hebat dan lazatnya. Menerusi Marvellous Creations, kami membawa kekaguman dan keluarbiasaan dalam cara bagaimana orang ramai menikmati coklat. Kombinasi bahan dan perisa luar biasa akan mengejutkan tunas rasa dengan setiap gigitan. Rasanya bagaikan suatu pesta di dalam mulut anda!” Ben Summons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA. 


Selain itu, kami juga dihiburkan dengan persembahan Beat Box Sound yang memukau

Semua terhibur dengan persembahan dari mereka, memang bagaikan sebuah karnival!

Magician Man/Ahli Silap mata yang bermain kad dan pandai membengkokkan sudu. Teruja sangat!

Sempat kami bergambar dengan Ben Summons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA

Bergambar bersama blogger-blogger lain yang hadir ke Majlis Pelancaran ini

Sebelah Nova adalah orang kuat Cadbury Dairy Milk Malaysia

"Diantara dua perasa iaitu Jelly Popping Candy & Peanut Toffee Cookie, Nova paling suka Peanut Toffee Cookie kerana, bila nova makan Peanut Toffee Cookie ni, nova rasa macam makan cookie dan coklat pada masa yang sama. Cookies yang ada di dalam coklat bar Cadbury Dairy Milk ni sangat sedap dan awesome! Memang nova akan beli banyak nanti bila coklat ini mula dijual di kedai! " Nova Leeza

Yang ini pula, nova sedang menikmati  Jelly Popping Candy, terasa pop pop di dalam mulut. Di dalam salutan coklat ini juga ada Jelly dan Candy Bits. Awesome kan!

Sememangnya akan menjadi kegemaran Nova iaitu Marvellous Creations dari Cadbury Dairy Milk 

Nova suka warna purple dan hiasan pembalutnya sangat cantik dan menarik!

Buat peminat Cadbury Dairy Milk, pada bulan Mei ini, Cadbury Dairy Milk akan membawakan Marvellous Creations ke lokasi seperti berikut: 

Sunway Pyramid, Kuala Lumpur – 7 Mei hingga 10 Mei
Queensbay Mall, Pulau Pinang – 28 Mei hingga 31 Mei

Selain itu, buat peminat Cadbury Dairy Milk, cepat-cepat layari Facebook :


Ha... cantik tak potongan Marvellous Creations ni?

Unik dan Cantik kan?

Kalau nak tahu, rasanya lagi sedap tau! Yang ini adalah Jelly Popping Candy. Di dalamnya ada Jelly, Candy Bits dan Popping Candy yang disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk. Nyam nyam!


Ha, eiman lah yang paling gembira menikmati coklat Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni. 

Akhir kata, tahniah kepada Cadbury Malaysia di atas pelancaran ini dan Marvellous Creations dan ia adalah satu ciptaan yang unik dan ditunggu-tunggu oleh Nova. Satu inspirasi baru di dalam pembuatan coklat dan keseronokan menikmati coklat digambarkan di dalam Jelly Popping Candy & Peanut Toffee Cookie ini. Keseronokannya masih terasa hingga ke hari ini tau!

Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana sudi menjemput Nova. Nova harap semua pembaca terhibur dan teruja seperti Nova juga. 

Sekian dan hingga berjumpa lagi. Jangan lupa ke kedai berhampiran untuk dapatkan Marvellous Creations dari Cadbury Dairy Milk tau!