Friday, 19 June 2015

Buffet Ramadhan 2015 - Diskaun Sehingga 50% di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa (2hari sahaja)

Salam,
Holla, harini masuk hari kedua berbuka puasa. Kalau ada yang sedang mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga, boleh anda pertimbangkan untuk berbuka di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa.  Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa ini baru sahaja beroperasi pada bulan Mei 2015 dan menyediakan Buffet Ramadhan sama sedap seperti di Felda D'Saji lokasi yang lain.


* update: Pihak D'Saji telah menghubungi wakil penulis dan memaklumkan Promosi ini telah ditamatkan. Harga adalah seperti biasa RM 75 Dewasa dan RM 39 kanak2 (4-12 tahun)

Tapi! Apa yang menariknya adalah Bermula Hari Pertama Berpuasa,  Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa memberikan diskaun sebanyak 50% kepada mereka yang membuat tempahan/booking. Bukan walk-in ye. Menurut pegawai perhubungan  Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa, diskaun yang diberikan dibuka sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi. Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan Jomm!! Diskaun sempena pembukaan cawangan baru Felda D'Saji.

Seperti yang diketahui ramai, Felda D'Saji memang terkenal dengan masakan yang enak dan sedap-sedap belaka. Bahkan di  Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa juga ada Kambing Golek! Harga yang dikenakan adalah seperti berikut :

Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa
Biasa Dewasa : RM 75
Biasa Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 39

Selepas Diskaun 50%

Dewasa RM 37.50
Kanak-kanak  (4 tahun hingga 12 tahun) : 19.50

No. Telefon untuk Tempahan/Booking di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa

03 - 4021 0098 / 019 - 277 7792

Maklumat Lanjut berkenaan Buffet Ramadhan Felda D'Saji

Harga Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa sedikit mahal berbanding Restoran Felda Villa (RM 69 Dewasa) kerana lokasi Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa yang ekslusif dan nyaman (dahulunya Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa).  Kalau tak tahu tempat boleh waze lokasi Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.

Family Nova dan Family Kak Byha akan berbuka puasa di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa malam ni, jadi siapa yang berada disekitar KL jom la kita berbuka sama-sama jom!

Nova upload gambar-gambar makanan yang dihidangkang di Felda D'Saji TTTW ni esok ok!

Sempoii ahh.. 50% tu! Cepat!! sebelum terlambat!

P/S: Bila lagi nak merasa kambing golek kan! 

* Kredit Terima kasih Kak Laili (my OfficeMate) for the Information! Kak Laili dah ke sana semalam, buka puasa pertama. Menurutnya masakan enak-enak dan sedap!

Ok! Sehingga berjumpa lagi!

* update : Pihak D'Saji telah menghubungi wakil penulis dan memaklumkan Promosi ini telah ditamatkan. Harga adalah seperti biasa RM 75 Dewasa dan RM 39 kanak2 (4-12 tahun)