Thursday, 25 June 2015

Garnier Sakura White - Cabaran 7 hari

Salam,
Holla, excited nova harini nak tunjukkan hasil cabaran 7 hari menggunakan Garnier Sakura White, hadiah dari Garnier Malaysia. Thank you Garnier!

Set Garnier yang Nova dapat ni untuk pemakaian siang hari. Ada Pencuci Muka, Serum, Pelembap dan Whitening Cream. hoyeah hoyeah tak sabar rasanya nak pakai tau!


Alhamdulillah dah selesai cabaran 7 hari Nova dan Nova suka sangat nak kongsikan dengan korang semua. Salah satu perkara yang Nova suka dengan Garnier ni adalah harganya mampu milik, tak mahal tau! Set di bawah ni lah yang Nova cuba, dahlah warna pink kan, comel sangat tau! Letak atas meja memang lawa dan rasa excited nak guna. Bekas comel camni kan mestilah excited!


Jom Nova mulakan dengan pencuci muka. Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam namanya. Diperkaya dengan ekstrak sakura, membersihkan dengan lembut dan menyeluruh. Wajah menjadi tampak segar dan putih cerah merona/merah jambu dalam 7 hari. Formula lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.


Warna pencuci muka ni seakan pink cerah. Baunya wangi dan segar. Seronok rasa nak cuci muka sebab dah lama tak ada pencuci muka yang bau wangi-wangi sakura gitew!

Setelah kulit bersih segar, kita gunakan pula Pinkish Radiance Ultimate Serum. Di dalam serum ini terkandung 5000 gel mutiara pemutih di dalam intipati pelembap. Ia merangsang sehingga 5 dimensi pemutihan. Dengan pemakaian serum ini, ia akan mempercepatkan proses pencerahan kulit sehingga kulit tampak putih merah jambu. 

Gel serum ini tidak melekit, senang disapu dan diratakan pada kulit. Melembapkan kulit, setelah beberapa kali sapuan kulit menjadi semakin cerah. Senang di bawa, mudah di pam dan bekas yang cantik. 


Nampak tak ada biji-biji pink yang comel tu. 

Next, setelah pakai serum seharusnya menggunakan Pinkish Radiance Moisturizing Cream. Kenapa perlu pakai pelembap? Kerana serum mengeringkan kulit, pelembap pula bertindak melembapkan semula kulit dan memberikan keupayaan kepada kulit untuk tampak anjal dan berseri. 

Terutamanya kepada anda yang bekerja di dalam keadaan yang berpenghawa dingin, kulit akan cepat kering tau. Pastikan anda pakai pelembap selalu ya. Pelembap sakura white yang Nova pakai ni memang best. Kelembapan pada kulit kekal sehingga hampir 6 jam. Selesa dan senang di ratakan pada kulit. 


Warna light pink. Sepatutnya pakai spatula supaya kebersihan terjamin. Tapi Nova tak beli spatula lagi, takpela pakai jari je. Apa yang menariknya adalah, bila dah selalu Sakura White ni, liang pori Nova di hidung ni seakan mengecil dan kurang pula white head. Suka memang suka. 

Mudah sangat untuk diratakan pada kulit tau. Selesa, wangi dan putih sekata. 

Dan yang terakhir adalah Pinkish Radiance Whitening Cream. Ia membantu mencerahkan warna kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, kulit terasa halus dan pori-pori mengecil. Hanya dengan sekali sapuan, kulit terasa lembap, kenyal dan halus. Hari demi hari kulit tampak cerah cantik bagai bunga sakura.


Cuma picitan yang kecil sudah cukup untuk disapau pada seluruh muka. Cuma, yang whitening cream ni Nova tak reti sangat nak pakai. Dah cuba beberapa kali baru pandai pakai. Tu pun lepas kak Byha ajarkan. Memang kulit jadi cerah serta merta, kalau malas.. tak payah dah pakai bedak. Nampak kulit asli dan cerah sekata. Best sangat Whitening Cream ni. 

Selesai pakai step by step. Kulit nampak cerah, ni tak pakai foundation apa semua takda. Cuma teknik sapuan Nova ni kena di asah. hihi.. 

Seronok sangat dapat cuba produk yang bagus macam ni. Walaupun kulit Nova ni macam buaya, means bukan semua produk boleh bagi kesan yang baik macam ni. Ini adalah salah satu produk yang Nova suka dan suggest. Kulit kita ni berbeza tau, tak semestinya Nova pakai ok, korang pun ok. Nak tahu ok ke tak, korang kena cuba dulu... dan pastikan, kalau pakai serum mesti kena pakai pelembap ok!

Untuk ayat yang terakhir, Nova nak ucapkan... 

"Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!"

Sekain, terima kasih Garnier! Wassalam.