Wednesday, 24 June 2015

Husband Yang Baik Hati Jadi Model Vaseline Instant Fair

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsi satu produk yang best iaitu Vaseline Instant Fair. Bagi Nova ia adalah satu produk yang sangat best sebab kita boleh tengok kecerahan kulit dalam masa yang singkat iaitu pada sapuan yang pertama. Sapu dan bandingkan perbezaan tangan anda

Nova dapat Trial Kit ni beberapa bulan yang lalu, dah hampir lupa nak kongsi ke-best-an nya. Oh.. sebelum tu, Nova nak perkenalkan Model Nova hari ini iaitu Husband Nova Yang Baik Hati iaitu Mr. Chadeq. Thank you sayang sebab pinjamkan tangan u. Tangan u tak aurat, cuma pusat u sampai lutut je aurat.. bolehla u jadi model ai kan. hihi

Ni lah trial set nya 100 ml

Ada dijual di hypermarket dan farmasi seperti Watson dan Guardian. Kalau di Watson harga RM 7.80.
Ala, korang mesti biasa tengok iklan ni.. modelnya Atikah Suhaimi pelakon baru tu. kan..kan..

Jom buat eksperimen. Ambil sepicit lotion dan sapu pada tangan yang telah dihulurkan.

Sapu dengan sekata ya dan anda boleh nampak perbezaan terus pada sapuan yang pertama. Wow! Tangan abang saya yang hitam manis pun bertukar menjadi putih bercahaya.. bling bling... Gambar ni ambil tanpa edit pada kulit tangan tau.. memang nampakla cerah sikit dari sebelah lagi.

Memang terbukti lah, cerah pada sapuan pertama. Lotion ini sangat lembut dan tidak melekit. Tiada bau yang pelik dan sangat ringan pada kulit. I loike. Nanti dah habis, ai nak beli botol besar sikit, seronok juga kulit tangan nampak cerah. Ok, terima kasih juga pada encik suami yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjadi model saya.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

wakaka...... usaha sangat kan.. 

Sekian.

See ya again ya!