Thursday, 18 June 2015

Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5 oleh Panglima Angkatan Tentera

Salam,
Pada 27 Mei yang lalu, Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5 oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah berlansung di Auditorium Wisma Pertahanan di Kementerian Pertahanan Malaysia. Lagu OST ini bertajuk Redha Kemenangan dan dinyanyikan oleh Amy Search dan Edrie Hashim. Filem ini mendapat sokongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Nova di Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5

"Bravo Lima merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan dibintangi oleh Beto Kusyairy ,Remy Ishak,Sofi Jikan ,Sashi Tharan,Xavier Fong,Frank Peterson,Hattan,Fizz Fairuz,Zul Huzaimy,Adam Corrie,Frenkey dan Kamal Adli. Filem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis.Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada 10 September 2015. 

Berlatarkan tahun 1989, ia mengisahkan lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka dipaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis. (Dipetik dari sumber : Wikipedia)

Skrin Utama

Terima kasih kak Byha kerana sudi menemaniku yang eksaited nak jumpa Amy Search. hihi awal kami sampai dan cop tempat duduk depan-depan tau. Kehadiran adalah wakil media, Parajurit-parajurit Malaysia dan anggota awam di Kementerian Pertahanan. Pukul 12.15 dah masuk dewan weh! Tak makan pun takpe janji jumpa Amy Search! agaga


Sementara menunggu kehadiran VVIP kami dihiburkan oleh penyanyi dari sound Track Bravo 5 iaitu Caroline Mentor 6, Vokalis Projek Pistol dan Sofi Jikan. Selain itu, kami juga dapat melihat Official Trailer Filem Bravo 5. Teruja la sangat weh, memang kalau keluar nanti filem ni aku nak jugak pergi tengok. Jom kak byha jom!! Siapa nak join nanti kita konvoi ramai2 k!

Sofi Jikan nyanyi 2 buah lagu.. bukan nyanyi saja, siap ada gaya sengat!!

Setelah selesai Majlis Pelancaran Sound Track oleh Panglima Angkatan Tentera, Video OST Redha Kemenangan yang dinyanyikan oleh Amy Seach dan Guitarist Edrie Hashim ditayangkan pada skrin. . Habis Video OST tu, aku dan kak byha tertanya-tanya, mana Amy Search ni tak muncul-muncul. Betul ke ada Amy Search ni.. ntah-ntah tayang video je.. Kemudian, video dimainkan semula dan muncul kelibat Amy dari belakang tabir.. uwaa... masa tu semua orang tepuk tangan. Eksaited kot jumpa Amy Search. Di pertengahan lagu datang pula Edrie Hashim menggoreng gitar... weee!! Best! Tapi masa ni siapa berani nak jerit-jerit macam dalam konsert ke apa kan. Kena lah sopan. Ada PAT kot. haha sempat aku rakam suara kak byha menjerit tak lepas. haha tu kelakar kak.

Yey kali kedua aku jumpa Amy Search dalam hidup. Kali pertama masa arwah bapak aku bawak kami adik-beradik pergi Konsert Amy Search dekat FunFair Tanjong Malim. haha nostalgia betul.

Kemudian, sesi sain otograph dan bergambar. kak byha standby belakang je katanya.. aku yang eksaited ni la yang sanggup bertolak2 dengan askar2 melayu ni nak sainn Amy Search punya pasal! agagaga.. 

Huh! Crowd masa tu, bertindih-tindih.. nasib aku tak lemas. Dah yang ada pun askar-askar, dahla badan sikit punya tegap. aku ni yang kecik ni ditolaknya. haha.. nasib mulut aku bising.. woman's power kan, mestilah tang mulut kakakaka. Gambar bawah ni Kak Byha sempat rakamkan. Hihihi tq kak ehh bukan aku je eksaited tau, makcik jual kuih tu pun bergasak juga sebab nak jumpa Amy.. mih mih.. lawakla makcik ni.



Caroline pose comel.. olololo..

Ha.. gelak besau na tau.. hihi Edrie Hashim dan Amy Search wehhh!!!

"Abang Amy! tulis nama I, Liza!"

hahahha... boleh frame ni!

Lepas dapat apa yang dihajati maka keluarlah aku dari kesesakan itu, sempat aku beli beberapa Merchandise Bravo 5 seperti T Shirt (aku beli sehelai untuk abang sado aku je) dan CD Sound Track. best weehhh! Balik tu pasang CD lagu Redha Kemenangan dalam kereta nyanyi fefeling askar 48 kali. Jem pun takpe.. hati ada manyak senang! agagaga...

Nah nak dengar lagu Abang Amy ai yang best tu..bleh klik link bawah ni. ceh, abang amy konon! cam kawan je kan padahal baru jumpa 2 kali. lagu ni memang vest vest da va vest sangat! Aku bleh je cam nak menitis air mata ku dengar Amy nyanyi sambil pasang Official Trailer tu....


Yang ni pula link update dari Kak Byha berkenaan Pelancaran OST

http://gorengberlada.blogspot.com/2015/05/majlis-pelancaran-official-sound-track.html 

Ok Sekian. tata babai. Thanks for coming!