Monday, 15 June 2015

Menikmati Keenakan Makanan Yaman di Restoran Marhaba

Salam,
Seminggu yang lepas, Nova diberikan peluang untuk mencuba rasa dan menikmati makanan di sebuah restoran Timur Tengah yang terkemuka di Malaysia iaitu Restoran Marhaba. Restoran Marhaba merupakan sebuah restoran yang menyajikan masakan tradisional khas dari Yaman buat rakyat Malaysia dan pengunjung yang datang ke sini. Selain itu, santapan dari Timur Tengah ini adalah disediakan khas oleh Chef dan tukang masak yang mahir dari Yaman. 

Hiasan dalaman restoran ini sangat cantik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri

Restoran ini sangat luas dan selesa. Ia terdiri daripada VIP Room, Common Dining, Terrace Garden dan Majlas. Jika anda sukakan suasana yang terbuka sambil menikmati udara di luar, anda bolehlah memilih untuk duduk di Terrace Garden. Sekiranya anda sukakan ruang peribadi yang selesa bersama keluarga seperti berada di sebuah restoran di Yaman, anda boleh memilih untuk duduk bersila di Majlas. Dengan kemudahan yang disediakan, restoran ini sesuai untuk majlis-majlis khas mahupun majlis korporat.

Kemudahan yang disediakan di Marhaba Publika:
Majlas – 3 Rooms with 10 seat capacity
VIP rooms – 2 Rooms with 20 seat capacity
Common Dining – 80 seat capacity
Terrace Garden – 80 seat capacity

Ini adalah ruang Common Dining -luas dan selesa

Nova dan rakan-rakan blogger yang lain diberikan tempat istimewa iaitu di bilik VIP yang dihias indah dan sangat ekslusif. Bilik VIP ini mampu memuatkan sehingga 20 orang tetamu pada satu masa. Bilik VIP ini juga dilengkapi dengan TV LCD dan private washroom. Terasa sangat mewah!

Bilik VIP

Lampu syiling ini memikat hati Nova. Cantik sangat!

Pada dinding restoran ini, Nova terlihat gambar selebriti yang pernah berkunjung di sini.

Diantara selebriti yang pernah berkunjung ke sini adalah Zizi Ezette, Betty Benafe, Datuk Siti Nurhaliza, Dato' Sri Khalid, Dato' Seri Ismail Sabri, Dr. Zakir dan Fauziah Latiff. Banyak lagi selebriti yang singgah di sini namun itu sahaja yang Nova sempat rakamkan. 


Ukiran dan hiasan dalaman seperti Teko besar dan hiasan lampu adalah bersumberkan hiasan dari Tanah Arab

Makanan tradisional Yaman memang sangat terkenal dengan kekayaan kepelbagaian rasa dan keenakan rempah ratusnya. Maka tidak hairanlah, ramai diantara kita yang meminati masakan dari Timur Tengah ini. Nova dan suami juga sering berkunjung ke restoran yang menyajikan masakan dari Timur Tengah. 

Walau bagaimana pun, ini bukan kali pertama Nova ke Marhaba Publika, pada bulan puasa tahun lalu-2014, Nova, suami, kakak dan kak Nour Reen telah berkunjung ke sini. Buffet Ramadhan yang disediakan memang sedap-sedap dan enak sekali tau. Rambang mata sampai tak tahu nak makan mana satu. hahaha.. jom kita tengok makanan yang disediakan untuk kami jom!
   
Dimulakan dengan set pembuka selera,
Fatoush - Salad roti Levantine dihidangkan dengan sayur-sayuran campuran segar. Harga RM 16

Tabbouleh - Salad tradisional Arab yang diperbuat daripada sayur-sayuran pilihan berpengalaman dengan minyak zaitun dan jus lemon. Kena sebut betul-betul, tabbouleh!... hihi Ia adalah daun parsley yang dipotong halus2, orang arab menjadikan daun parsley ni sebagai salad tau. Harga RM 16

Hummus - Hummus dicampur dengan pes tahina dan dilimpahi dengan minyak zaitun. Harga RM 16

Kemudian, kita teruskan dengan Pilihan Makanan Laut.
Dimulakan dengan Grilled Fish - Ikan yang dipanggang di  dalam Tandoor.
Harga RM 65

Grilled Prawns - Udang harimau Jumbo yang dipanggang di dalam Tandoor. Harga : Tertakluk kepada harga pasaran semasa.

Gambar yang Nova ambil dari sisi atas. Nampak sedap dan menyelerakan tak? ni baru sikit, ada banyak lagi ni tau!

Next, Main Course ya. Chicken Mazbi - Ayam barbeku yang diperap dengan wangi rempah tradisional Yemini. Harga RM 33

Chicken Mandi - Ayam Lembuy yang dikukus dengan rempah wangi tradisional Yaman. Harga RM 30

Dan ini adalah Marhaba's Signature Dish iaitu Lamb Hanith - Kambing segar yang dimasak di dalam Tandoor dengan resipi rahsia Marhaba (tulang rusuk atau bahu). Harga RM 78.

Wowowwww sedapnyerrr!!!!

Dan paling istimewa di sini adalah Mulauwah - Roti Yemini yang segar. Harga Rm 7 ( saiz sederhana) dan RM 12 (saiz besar)

Besar roti ni,boleh makan kongsi satu keluarga!

Tidak lengkap rasanya kalau roti ini dimakan sendiri. Jadi pastikan anda order, Saltah Fahsah. Dengan pilihan sizzling kambing / ayam / ikan yang dimasak dalam stone pot. Memang enak sekali dan kami makan sehingga tak cukup satu stone pot tau!! Harga RM 40


Ini pula adalah Lemon Mint Mocktails. Harga RM 18

Dan sebagai pembersih perut, seharusnya anda mencuba Teh Yaman.

 Sebagai pencuci mulut pula adalah Honey Dates - Roti dengan kurma dan dilimpahi dengan madu. Harga RM 22 

Alhamdulillah. Memang sedap-sedap belaka makanan di sini. Terima kasih kepada rakan blogger Illy dan Caroline yang sudi menjemput Nova. Terima kasih juga kepada warga kerja Restoran Marhaba yang sudi menjemput blogger dan menghidangkan kami dengan makanan yang sangat awesome!!

Penuh meja kami dengan makanan yang sedap-sedap ni

Rambang mata nak mula makan yang mana!

Jika anda ingat maklumat lanjut berkenaan Menu, apa sahaja keraguan mahupun tempahan majlis-majlis khas atau korporat boleh menghubungi pihak Marhaba seperti berikut:

Laman Web : Restoran Marhaba
No. Telefon : +603-6207 8222 / 9222 (Publika)
+603-7451 6177 (Sunway)

Waktu Operasi :

Monday – Sunday (Sunway)
11:00 AM – 01:00 AM

Monday – Sunday (Publika)
11:00 AM – 11:00 PM

Alamat : 

D1- G4 -1, Publika Solaris Dutamas,
No 1 Jalan Dutamas, 50480
Kuala Lumpur.
Phone: +603 – 6207 8222 / 9222


Marhaba Restaurant
@Sunway Borneo Rain forest
Opp : Sunway Resort Hotel,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Selangor, Malaysia.
Phone : +603-745 16183

Emel :

Sekian. Terima kasih sudi singgah dan membaca coretan Nova. Ohya, Nova juga nak kongsikan rakaman memori Illy semasa di Restoran ini. Tq!