Tuesday, 2 June 2015

Pembersih Muka Glam Glow, ThirstyCleanse™ Beli di Sephora

Salam,
Lately kan Nova selalu lepak dengan my sis kat Sephora KLCC dan Avenue K. Memang berjam-jam lah duduk kat situ belek-belek make-up, nasible dapat laki memahami. Masuk Sephora tu bukan main-main mekeup je, my sister ni jenis suka bersembang dengan beautician Sephora. Salah satu produk yang dia recommend pada my sister adalah Pembersih Muka Glam Glow, ThirstyCleanse™ ni.Dari Hollywood kau! Harga pun boleh tahan jugak mahalnya.


Pencuci muka ni jenis pekat seperti Lumpur/Mud dan warna nya coklat

Warna coklat cerah dan seperti ada biji-biji halus di dalamnya

Bekas warna biru langit memang cantik, bekas besar memang tahan lama kalau aku setahun kot boleh tahan. Memang nampak Glam sangat! Hollywood kan..

Laporan dari Laman Web Sephora Malaysia mengenai produk ini

THIRSTYCLEANSE ™ adalah revolusi pembersih harian yang menggabungkan kuasa lumpur dan prestasi buih untuk pengalaman pembersihan harian. Ia menukar dari lumpur mewah kepada berbuih-berbuih lembap secara perlahan-lahan dan apabila dibilas ia mencuci dengan berkesan ke atas solekan, kekotoran disamping melembapkan kulit anda. Ia dirumuskan dengan tanah liat kuning istimewa Brazil untuk membantu menambah mineral kulit.  

Air kelapa hijau tulen untuk merangsang penghidratan kulit, susu zaitun yang kaya dengan lipid zaitun dan protein untuk membaiki kulit dan ekstrak bunga Plumeria yang kaya dengan Omega 3, 6 , dan 9 untuk memulihkan fungsi halangan kulit. Gooseberry India mencergaskan dan memulihkan kejelasan kulit semula jadi manakala serbuk TEAOXI® daun zaitun yang menghasilkan asid linoleik semula jadi untuk mengekalkan kelembapan kulit. 

Direka untuk mencipta kulit segar terhidrat, seperti sutera, dan berembun, ia membantu mengekalkan keputusan rawatan mingguan semasa untuk anda mendapatkan kulit yang cantik dan kelihatan sihat.

Nova pun cuba pakai beberapa kali pencuci ni memang terasa segar dan membersih muka secara total.
Nak cakap macam pakai scrub pun ada, hasil memang terbaik! Berpatutan lah dengan harganya kan!

Produk ni bagus dan bagi mereka yang memakai alat solek setiap hari memang sesuai sangat. Harganya adalah RM 149.00 dan boleh didapati di mana-mana outlet Sephora. Pencuci ni kepunyaan my sister dan dia berpuas hati dengan pencuci muka ni katanyer. I pun suka.. hihi suka-suka pakai..ala, i kan adik.. 

Adik Beradik Penggila Make-up

Diakhiri dengan Tagline ~

"Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!" 

Sekian.