Friday, 5 June 2015

Restoran Viet-Thai Canteen, Masakan Vietnam & Thailand Yang Halal

Salam,
Holla semua, harini seperti yang ditunggu-tunggu, Nova akan review satu restoran yang berkonsepkan makanan Vietnam dan Thailand. Tapi sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kepada Mr. Zain kerana menjemput Nova untuk mencuba “Multicourse Tasting Menu” yang disediakan khas untuk Nova cuba. Untuk pengetahuan korang, Viet-Thai Canteen ni baru sahaja mula beroperasi pada pertengahan April lalu. Yang bestnya adalah ia adalah salah satu restoran dari kelompok kecil yang menyediakan makanan HALAL berteraskan hidangan tempatan Vietnam dan Thailand yang authentic. Bahan utama makanan mereka diimport khas dari Vietnam dan Thailand. Ha.. tempting sangat kan!

Ni nak highlight kan, Viet-Thai Canteen tidak mengenakan sebarang Cukai kepada Servis mereka. 

Sampai saja di Viet-Thai Canteen, terus snap satu gambar.

Yang pertama Nova nak kongsikan dengan korang adalah Hiasan Dalaman Restoran ini. ia berkonsepkan kantin, nampak simple dan hiasan dinding minimal dengan gambar makanan yang dihidangkan di sini.  

Ruang duduk selesa dan meja disusun rapat. Kalau datang bersama teman-teman atau ahli keluarga yang ramai memang sesuai sangat.

Hiasan kaunter juga simple dan minimal.

Bagi penggemar kicap dan cili mesti gembira tengok ni.

Oh.. lupa nak bagitahu, Nova datang bersama Husband dan Eiman. 

Pilih saja mana-mana makanan yang anda suka! Harga sangat berpatutan! Order dibuat sendiri oleh pengunjung dan kertas order dihantar sendiri pada kaunter. Nova suka konsep macam ni, mudah, tak perlu tunggu lama.


Kedua, Nova kongsikan Menu yang Nova sempat rakamkan. Ni penting ni buat pembaca Nova sebab diorang selalu tanya mahal tak? harga berpatutan tak?... ni ha berpatutan sangat tau!

Ketiga, Makan!!!! Jom.

Air yang dihidangkan adalah Iced Lemongrass Pandan Tea, sedap. 

D.I.Y Vietnamese Rice Paper Roll
Istimewanya adalah anda boleh gulung Vietnamese Rise ni sendiri mengikut citarasa anda, nak banyak sayur ke, nak banyak ayam ke.. boleh boleh.. yang penting korang happy. Kemudian, ada 2 dip, satu rasa masam, satu rasa kekacang pedas. Nova suka dip yang pedas! Wallaweh sangat! 


Hero Malaya yang jadi Chef tukang gulung. Best best! Sweet sangat aih! Dah siap kita makan je. weee...

Taraaa!!!!Comel la awak buat!

Next adalah Gai Hor Bai Toey, Tod Man Pla dan Gai Tod Hat Yai
haa...kalu translate Pandan Chicken, Thai Fish Cake dan Hatyai Fried Chicken Wing
Sos cili istimewa dari Thailand, rasa pedas-pedas masam. Ai loike!

Siapa tak kenal ni, semestinya Thai Green Papaya Salad atau lebih dikenali sebagai Som Tam
Ni feveret Nova kalau makan di kedai Thailand, makan dengan nasi pun sedap ni.

Seterusnya, Nova dihidangkan dengan Set Mee pula iaitu :
Kuay Teow Reua, Siamese Laksa dan Pho Bo
 Di translate, Authentic Thai Boat Noodle, Siamese Laksa dan Vietnamese Beef Noodle Soup

Kalau tengah hari Nova selalu makan Mee/Laksa je, memang sedap mee/laksa Viet-Thai ni. Letak cili potong!! Pergh Wallah!

Diiktiraf sebagai makanan kegemaran Boat Noodle letak Cili. Kaw!

eh.. eh..

Close up Laksa Siam. Sedap sedap!

Thai Boat Noodle.. special!


Food tasting Mee Siam.. nyam!

Pergh Boat noodle tambah cili potong! Terangkat!

Vietnamese Beef Noodle Soup kegemaran eiman.. Dia makan sedap je..
"Mummy nak nak nak!" je katanya

Nasik!!!! Yey! Ini sedap ni sedap! Grilled Lemongrass Lamb Chop
Memang sedap, lamb dia lembut je, terasa enak sekali sebab pakai herb yang istimewa kata Zain 


Nova makan tak pandang kiri kanan dah bila jumpa lamb!

Bagi penggemar ayam pula, Grilled Lemongrass Chicken 

Rasa ayam sedap, lembut, rasa macam satay ayam pun ada juga. Herba rempah special tau!

Harus makan dengan gembira! Sedap sedap!

Tak lengkap rasanya kalau tidak menikmati minuman istimewa iaitu Vietnamese Drip Coffee

Kene tunggu hingga kopi ditapis ke dalam cawan tu. Menurut Zain, kopi Vietnam ni istimewa dan diimport khas dari sana. Kalau pernah pergi Vietnam, kopi Vietnam adalah benda wajib yang perlu dicuba. Tapi sekarang tak payah susah-susah kalu teringin nak makan makanan Vietnam atau Thailand, terus je ke restoran ini di Cyberjaya!


Kopi selesai di tapis, masukkan susu secukup-cukupnya sebab kopi memang kaw pekat likat!!

Selfie dengan Kopi Vietnam! Special!

Alhamdulillah selesai Food Tasting kami. Tiba-tiba... lagu Happy Birthday dimainkan dan Sepotong Buah Berbentuk Love dan sebatang lilin di bawa dari kitchen restoran..

wahh!!! Istimewa buat Birthday Husband Nova, 1 Jun
ha, terkono! Terkejut la apa lagi!

Dan budak yang paling excited nak tiup lilin.. semestinya.. eiman

Selamat Hari Jadi buat kesayanganku. Terima kasih kerana bersama-sama membina keluarga yang kecil ini susah dan senang bersama. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bersama hingga ke Syurga.

Tidak lupa, Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Zain dan krew Viet-Thai Canteen kerana merealisasikan impianku dengan memberikan sesuatu yang cukup istimewa kepada kami. Thank you again! 

Bergambar kenangan bersama Mr. Zahin, Supervisor di Viet-Thai Canteen. Layanan isimewa, makanan sedap dan kegembiraan hingga tersenyum lebar ke telinga. Nova bagi 10 bintang pada Viet-Thai Canteen!  

Pada yang dah teruja sangat nak ke Viet-Thai Canteen, ni alamat Nova sertakan :

Viet-Thai Canteen
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac
Cyberjaya, Cyber 12, Cyberjaya

ehh.. jap jap tak habis lagi ni, istimewa pulak ni buat pembaca kesayangan Nova! Nova nak berikan 10 baucer RM 10 kepada 10 orang, sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba. Teruja teruja teruja sangat kan!!

Cara dia, anda perlu Like Facebook https://www.facebook.com/asian.fusion.cafe/

Kemudian, tinggalkan Nama, Emel dan apa-apa cara untuk Nova hubungi anda pada Komen di bawah!


Pemilihan adalah secara pejam mata tunjuk-tunjuk, buka mata siapa kene tunjuk dialah pemenang. hihi boleh tak macam tu? hihi



Yey!! Mesti rasa nak pergi sangat kan! jangan lupa bawak mak, ayah, anak, laki sedara mara kawan-kawan  ya semua. Yang penting semestinya Halal!

Sekian. Terima kasih keran sudi membaca dan singgah ke sini.