Tuesday, 2 June 2015

Review : Clinique Repairware Laser Focus Foundation

Salam,
Holla, seperti yang dijanjikan harini ai nak buat review Clinique Repairware Laser Focus Foundation yang ai beli masa Best Buy World Buat Sale tempoh hari. Ini kali pertama ai cuba foundation Clinique dan botol sample liquid foundation ni hanya 7 ml sahaja. Harga yang ai beli masa tu adalah cuma RM 10. Murah kan kan? Nampak gambar mcam besar kan, padahal cinonit je botol dia.



Shade 03
Allergy Tested
100% Fragrance Free - bau macam ubat sikit

Ai sapu nipis je pada kulit menggunakan sponge foundation

Hasilnya adalah biasa-biasa sahaja bagi ai la. Kalau nak pakai ke ofis ok lah. Hasilnya adalah: 
~ kulit tak kering nampak lembap je, 
~ tekstur foundation ringan, 
~ kulit ai nampak bersinar, 
~ Nampak natural, 
~ senang pakai dan 
~ senang di cuci.

nampak tak foundation ni hanya medium coverage dan tak tahan lama, lebih dari 5 jam (bagi ai la).

Disebabkan foundation ni medium coverage, i kena pakai bedak compact atau loose powder tebal sikit. Tapi tak nampak tebal sangat kan? Make up ke ofis memang biasa-biasa je, takdala nak beria-ia kan.


Haritu pulak ada latihan kebakaran, foundation ni SPF 15 sahaja. Kalau jemur lama tengah panas memang kulit terbakar lah jawabnya. Ni bergambar kejap jer ni tengah panas, lepastu lari-lari anak mencari tempat redup. sayang kulit,sayang kulit wehh!

Ni Nova bersama rakan-rakan sekerja. 

Comel-comel kan diorang ni.. hihi

Ok, itu sahaja nak sharing harini dengan tagline "Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!" 

Sekian.