Wednesday, 17 June 2015

Shopping Make Up di AEON Alpha Angle Shopping Centre

Salam,
ha.. meh nak strory sikit 2-3 minggu lepas my friend kak Ita ada bagitahu kat FB Wall dia (taksilap) ada SALE Makeup dekat dalam AEON Alpha Angle Shopping Centre. Woww!! Gila kau tak pergi harus!!!

Misi shopping tu hari Khamis. Gigih dik non pergi Alpha Angle tu bersama kak byha dan bertemankan abang sado ku. Ehh..sado ke? haha...

Main terjah je tak tahu kat mana pun, haha lepas tanya-tanya kat orang, jumpa jugakla kami di lokasi terbabit. Aduhh!! Sakan, sejam melangut tengok makeup! Tu pun tahan tu tak makan, beli tapau je balik makan kat opis. Skip makan takpe asalkan dapat shopping kan. agaga

Meh nak tengok apa yang ku sambar?

Total Semua dalam 60 ++ je

ZA True White ni aku ambik sebab promoter tu beria-ria suh aku ambik. Katanya SPF 30, diskaun harga murah..layan kan jela

Brand lama ni. Sale 50% sebab produk Constatnce Carroll/Fanbo  ni tak tukar packaging. Actually product ni dari UK tau.

Lipstic Brand ZA.. cantik juga color ni. Murah je tak silap dalam belas2 je

Kak byha yang mula-mula nampak eyeshadow dengan blusher ni. Bila dia cuba kat tangan nampak lawa pulak.. hihi... suka suka. Benda kecik gini senang di bawak travel kan! Brand  Constance Carroll/Fanbo

Ni first time aku beli menda alah ni. Pencil mata untuk bagi efek mata besar. Brand Majolica Majorca

Ha.. ni kak byha shopping pulak.. Bedak silky white ditapaunya. Untuk bagi mak katanya. 

So dengan rasminya aku pakai masa ke Penang minggu lepas. Kenduri kahwin. Aku mekap nipis je ni. Pasal Percutian ke Utara tu, nanti aku share ye. 
~Comel pulakk eiman ni pakai baju teddy bear gini. akakaka


Ok sekian sahaja perkongsian. Santai-santai je. Tak sihat badan ni. Kepala tak boleh nak proses benda berat-berat. Ok tata babai.

"Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!"

Sekain, terima kasih. Wassalam.