Friday, 10 July 2015

Berpuasa Secara Sihat, Bersahurlah Dengan Horlicks

Salam,
Holla semua. Semoga hari ini anda semua berpuasa dengan sihat dan semangat ya. Wah, dah tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba. Kesihatan harus dijaga ya walaupun kita perlu meneruskan kehidupan seharian dengan bekerja, menjaga anak, memasak disamping perlu berpuasa seharian. 

Terimbau kenangan lalu, semasa Nova dilatih untuk berpuasa pada usia 8 tahun. Mak akan pastikan kami adik-beradik bangun untuk bersahur. Bersahur adalah satu rahmat  dan sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk bersahur walaupun dengan seteguk air. Kebaikan sahur adalah untuk memelihara kesihatan badan sepanjang hari. Terutamanya kanak-kanak, tubuh mereka yang kecil sangat memerlukan sejumlah makanan atau minuman yang berkhasiat untuk kesihatan. Ia juga membantu mereka untuk memberi tumpuan semasa belajar.




Jadi, sebagai seorang ibu atau bapa kepada anak-anak yang sedang meningkat usia, seharusnyalah kita memberikan mereka nutrisi yang sempurna seperti minuman horlicks ini agar anak-anak ini membesar dengan sihat. 

2 sudu besar Horlicks dan sedikit susu pekat manis

Tambahkan air panas

Tambahkanlah pengambilan Vitamin D anak anda dengan makanan Sahur yang kaya dengannya, serta secawan Horlicks!

Horlicks sentiasa menjadi teman baik Nova sejak dari kecil terutamanya apabila tiba bulan Ramadhan. Mak akan pastikan Nova minum secawan Horlicks semasa bersahur. Kenapa Horlicks? Kerana Horlicks mengandungi 23 nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan. Ia mengandungi vitamin, mineral, kebaikan semula jadi susu, serat pemakanan, barli bermalt dan gandum. Selain itu, Horlicks diperkaya dengan multivitamin dan makronutrien seperti Kalsium dan Vitamin D. 

Horlicks Original dan Horlicks Perasa Coklat adalah pilihan Nova

Sehingga hari ini, amalam pengambilan Horlicks setiap hari tetap diteruskan. Secawan untuk Nova dan secawan buat suami tercinta. Apabila mengambil secawan Horlicks semasa bersahur, Nova rasa lebih sihat dan tidak lapar dengan cepat kerana kebaikan Horlicks yang kaya dengan fibre. Pilihan secawan Horlicks lebih baik dari makanan yang mengandungi nutrisi yang minimal. 2 cawan Horlicks mampu memberikan nutrisi yang sempurna kerana ia mengandungi 115% Kalsium dari keperluan nutrisi seharian badan, 41% Ion dari keperluan nutrisi seharian badan, lebih dari 80% Vitamin A, B1 dan B2, serta 72% Zincl dari keperluan nutrisi seharian badan. 

Psstt psstt...tambahan lagi, Horlicks dirumus daripada susu, barli bermalt dan gandum tanpa pewarna, perasa, pemanis atau bahan awet tiruan.


Horlicks bukan sahaja untuk dibancuh sebagai minuman, Horlicks juga boleh dibuat biskut raya tau! Macam mana nak buat biskut-biskut raya dengan Horlicks? Dapatkan resipi-resipi biskut raya Horlicks dengan 1 pek Horlicks 1KG berserta dengan bekas kedap udara percuma! 


Bersempena bulan Ramadhan ini juga, satu kempen Horlicks Ramadan dengan hashtag #SahurDenganHorlicks telah diadakan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan sahur yang berkhasiat untuk mengekalkan daya tumpuan sepanjang hari. Ini kerana dengan bersahur/sarapan pagi ia membekalkan tahap nutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan badan dan perkembangan kesihatan.

Bagi menyokong kempen ini, Horlicks Malaysia telah mengadakan pertandingan di media sosial bermula 18 Jun sehingga 16 Julai 2015. Perkongsian di media sosial adalah seperti berikut:

Hashtag : Orang ramai dijemput untuk berkongsi resipi Sahur inovatif mereka dengan memuat naik gambar ke platform media sosial mereka dengan #SahurdenganHorlicks.

Facebook Page: Ibu-ibu adalah dipelawa untuk berkongsi pengalaman menarik ketika anak-anak mereka berpuasa di laman Facebook Horlicks Malaysia.

Hadiah : 5 pemenang dengan penyertaan paling menawan akan membawa pulang bekalan SATU TAHUN produk Horlicks.


Wow sangat!! Apa tunggu lagi, jom dapatkan Horlicks di kedai berhampiran! Mana tahu rezeki berkontes dapat pula bekalan Horlicks setahun kan!

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Laman Web Horlicks:

Pertandingan Pengalaman Ramadan Horlicks (Terma & Syarat):


Video Ilham's Ramadan Memories