Thursday, 9 July 2015

Buffet Ramadhan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa

Salam,
Holla seperti yang dijanjikan, harini Nova berkesempatan untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua aktiviti makan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa. Nova pergi hari kedua puasa, masa tu ada diskaun 50%. Offer tu dibuka untuk 2 hari sahaja. Memang berbaloi lah, dapat merasa Buffet Ramadhan pada harga macam tu.

Jom Nova kongsikan apa yang ada di Buffet Ramadhan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa. Memang banyak giler makanan yang ada di  Felda D'Saji ni sampai rambang mata tau nak makan yang mana satu.

Dengan anak memasing. Adoila.. macam-macam pesen bergambar haha


Setibanya kami di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa lebih kurang jam 6.30 petang

Sang suami menjaga anak, sang isteri mencari makanan. hihi

Tangkapan pertama adalah buah-buahan dan Kambing Bakar! Nyammm Nyammm!

Hambik, sepinggan pun boleh!

Kemudian, giliran si isteri menjaga anak dan si suami mencari nasi. Nova tak jamah pun nasik haritu, kenyang dengan makan benda-benda lain.

Ha.. segala jenis lauk pauk ada tau!

Masa kami tiba jam 6 lebih tu, ramai yang dah siap2 ambik makanan dah

Salad macam-macam jenis

Pecal Jawa, sambal-sambal segala jenis bagailah

Telur masin, ikan masin kerabu mangga pelbagai jenis

Ni ha.. siap ada signboard "Aneka Kerabu"

Nasi apa tah ni lupa la

Yeay Steamboat. Tapi, kuah sup dah habis.. so kecewa. Kena datang awal la


Puding dan agar-agar

Kuih-muih yang comel-comel

Buah-buahan yang ermm! sedapnya!

Air Jagung ni sedap! Air coklat dia lagi sedap!

Pastri

Ni goreng-goreng, ada keropok lekor, pisang goreng

Pasta Station

Kambing station. Sebelum berbuka, beratur sikit punya panjang tau. Bila masuk waktu buka, senang-senang hati je boleh ambik kambing tak payah beratur. Rugi beratur lama-lama tadi

Durian dan pulut 

Ha... tu yang sempat aku snap, ada banyak lagi actually. Ada claypot, ada kebab, ada roti john ada station untuk kopi arab ada aiskrim uhh... banyak banyak.. memang tak termakan semua tu.

Dah kenyang kita selfi satu. dengan kak byha
"Mata tu pandang mana? Mata tu Mata tu!"

Nyam-nyam. Makan dengan gembira sambil dihiburkan dengan nasyid dan lagu-lagu islamik secara live tau.

Ni ha.. ada nasyid

 Wehu.. sebagai penutup, kita makan kek! aouch!

Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa ni asalnya Restoran Nelayan. Tempatnya sangat luas. Beratus-ratus meja. Tempat solat pun ada, jangan risau. Lepas solat kami sambung makan balik.

Nova dengan baju kurungnya. Lepas kerja terus je pergi D'Saji
  
Ok sudah pukul 8.30, kami pun pulang dengan perut kenyang hati senang

Sebagai penutup saya ada serangkap pantun. 
"Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"


Camana... menarik tak? Memang banyak giler makanan. Kalau nak cuba boleh buat tempahan.

Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa
Dewasa : RM 75
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 39

No. Telefon untuk Tempahan/Booking di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa

03 - 4021 0098 / 019 - 277 7792

Maklumat Lanjut berkenaan Buffet Ramadhan Felda D'Saji


Sekian. Terima kasih dan maaf sebab lambat update.