Friday, 3 July 2015

Majlis Buka Puasa Mahsuri di Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsi pengalaman Nova berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim, Asnaf Zakat, Fakir Miskin dan OKU yang menumpang teduh di Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong. Majlis Buka Puasa ini turut meraikan lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri. 

Pertama dari Kiri: Puan Nora (Penjaga Pusat Jagaan Baitul Hidayah), Ketiga dari Kiri Carmen Liew (Marketing Director of Mahsuri),Pertama dari Kanan: Jane Cheng (Regional Trade Marketing Manager of Mahsuri) bersama anak-anak Pusat Jagaan Baitul Hidayah

Penghuni rumah ini akan dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Selain itu, anak-anak ini juga dihiburkan dengan persembahan badut selain permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop, Isi Air dalam Botol dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang akan diberikan hadiah.

Anak-anak ini bermain acara isi air dalam botol

Mereka juga dihiburkan dengan persembahan magik dari Badut

Adik Syamim yang sangat teruja untuk turut sama mencuba silap mata. 

Melihat muka anak-anak ini, terasa kesedihan menusuk di kalbu. Masih kecil dan memerlukan kasih sayang ibu bapa sepenuhnya. Tapi apakan daya, mereka harus tabah mengharungi hidup ini. Mereka sememangnya memerlukan bantuan kewangan tuan/puan diluar sana, selain memerlukan perhatian dan kasih sayang dari masyarakat.

Anak-anak menari lagu Chicken Dance

Juadah berbuka,Nasi Ambang, Ayam Berempah dan Ayam Kicap yang dimasak menggunakan sos Mahsuri.

Selesai makan, sesi penyampaian hadiah pada para pemenang Pertandingan Masak dan Menang. Bagi pertandingan ini, seramai 24 pemenang akan/telah meraih RM500 hasil dari ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri. Pemenang juga akan dijemput untuk melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.

Pertandingan Masak dan Menang bermula pada 28 Mei hingga 8 Julai 2015 dan orang ramai dijemput menyertai pertandingan ini dengan berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas  / #Tiram / #Ayam.

Jadi apa tunggu lagi, jom sertai pertandingan. Kot kot terpilih untuk menang wang RM500 bolehla buat persiapan raya atau sedekah saja pada anak-anak ini haa...kan elok tu kan. Disamping keseronokan berbuka puasa bersama anak-anak ini, sayu dan sedih di dalam hati Nova tidak terbendung. Melihat anak kecil seperti Fitri (2 tahun) membuatkan Nova hampir menitiskan air mata.

Nova bersama Fitri dan penjaganya Sarah. Fitri ni sebaya eiman namun pandai berdikari dan bermain sendiri. 

Jadi, sebagai ahli komuniti dan warga prihatin, marilah kita sama-sama membantu Pusat Jagaan Baitul Hidayah ini dengan menginfakkan harta kita ke jalan Allah. Mudah-mudahan diterima. Anak-anak ini perlukan kita, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pusat Jagaan ini memerlukan dana untuk membeli Makanan Asas, Barang Keperluan Harian, Pampers, Susu, Sewa Van, Sewa Rumah dan sebagainya. Selain itu, bantuan juga diperlukan bagi membaik pulih rumah kerana nampak tidak terurus dan sempit.

Mungkin kita hidup selesa di rumah, tetapi kanak-kanak ini terpaksa berkongsi ruang yang sempit kerana keadaan rumah sewa ini agak kecil. Bantulah setakat mana mampu. Terima kasih dan syukur Alhamdulillah kepada kawan-kawan yang prihatin dan sudi membantu mereka. 



Sumbangan Anda boleh dibuat kepada:

Pusat Jagaan Baitul Hidayah
Akaun Maybank : 562 777 209 784

No. Telefon Pejabat : 03 - 80606023
No. Telefon Pn. Saadiah : 013-703 4658
No. Telefon Pn. Nora : 013 600 2587

Mohon Share/kongsi maklumat pada rakan-rakan anda supaya sumbangan dan bantuan dapat disalurkan pada mereka.

Terima Kasih kepada Mahsuri kerana sudi menjemput Nova sekeluarga dan Tahniah kerana menjadi sebuah organisasi yang prihatin pada anak-anak ini.

Sekian dan Assalamualaikum.