Friday, 10 July 2015

Nestle Aiskrim Goreng Sedapnyer!

Salam,
Holla semua.. sihat-sihat ke? Harini aku timbang berat dan hasilnya adalah positif. Penurunan berat badan sebanyak 600 gram. hihi Good Job Good Job! Tepuk bahu sendiri. Dan demi meraikan penurunan berat badan ini, meh kakak belanja gambar Aiskrim Goreng. Wuuu!

*Ini bukan iklan berbayar

Nestle Aiskrim Goreng ni memang favourite ai, ehh semua jenis aiskrim lah feveret ai. Sejak anak budak sampai mak budak kalau merajuk, pujuk je dengan aiskrim mesti boleh kawan baik balik. Nak nak kalau aiskrim mahal macam Haagen Dazs ke Baskin Robins ke Gelato ke lagi cepat baik tau. haha

Senang kan nak pujuk aku ni. Laki aku pun dah tahu, kalau aku merajuk, mesti offer nak belanja makan takpun mesti nak belanja aiskrim.. Ate Camana? Mana tak aku ni gemuk. Kalau banyak kali merajuk, lagi banyak la aku makan.

So, bagi memudahkan suami aku pujuk bila merajuk tengah malam, takkan nak pergi kedai malam2 kan. Nestle Aiskrim Goreng ni mesti benda wajib kena ada dalam peti ais.

Cara dia mudah sahaja. Pertama, kena ada lah Nestle Aiskrim Goreng ni


Kedua, Panaskan Minyak sehingga betul-betul panas.

Ketiga, bila minyak dah betul-betul panas, keluarkan aiskrim goreng dari peti sejuk.

Keempat, masukkan aiskrim ke dalam minyak yang telah panas.

Kelima, masak sehingga kuning coklat. Tak perlu lama-lama. Kejap je

Keenam, suap ke dalam mulut!


Nangis-nangis... sedapnyer!!!! 

Ha.. dengan 6 langkah mudah, si isteri kembali ceria. Kan senang kan nak pujuk si isteri merajuk? haha

Tapi, masak satu memang tak cukup, untuk anak lagi, untuk husband lagi.. diorang pun suka aiskrim goreng ni.

Gambar-gambar ni, masa supper malam tadi. Boleh tak? Nak tido pun makan aiskrim bagai. haha.. camana nak kurus.

Sekian, selamat mencuba.