Friday, 24 July 2015

Raya Keluarga Nova Tahun 2015

Salam,
haha nak update jugak nak update jugak. cis gedik. hahaha.. oh tahun ni giliran beraya rumah sebelah suami. Tak jauh mana pun, dekat Kuala Lumpur so takda hustle bustle takda jam jim jom takda pening kepala anak nangis dalam kereta ke semua takda. Bangun pagi pun aman je siapkan suami, anak dan diri sendiri untuk beraya. Ohh. macam ni lah rupanya orang KL beraya kan.. memang best la. Rileks je... aman je.. haha


Tema baju tahun ni adalah Royal Blue. Baju aku dengan suami memang cari sungguh-sungguh lah Royal Blue ni. Tapi eiman aku malas betul nak bazirkan duit beli baju melayu (kedekut). Sebabnya pakai setengah hari je. Lepas tu takda dah nak pakai balik. Memang bungkus terus simpan dalam kotak. haa.. alang-alang tema royal blue, aku cadangkan kat husband kita recycle je baju eiman 2 tahun lepas. hahaha..


Sehari sebelum raya aku pesan kat husband minta tolong carikan baju melayu eiman royal blue tu.. tapi punggah punya punggah, sampai kesudah tak jumpa baju tu. Yang jumpa baju melayu warna purple. Adoii!!! Esok dah nak raya, mana sempat nak cari baju eiman. Pejam mata jela, purple pun purple la. kah kah kah kesian anak aku.

Eiman bersalam-salaman dan bermaaf maafan sambil mendapat duit raya hihihihi

 Sekeluarga lengkap :) wee

Lepas salam, makan semua kami pun bertolak ke rumah nenek di Semenyih untuk beraya. Kami lepak-lepak di rumah nenek sampai geng lelaki selesai solat Jumaat. Kemudian, pulang ke rumah dan berehat. Ok tulah tamatlah Hari Raya Pertama. Yang best sangat Raya Pertama adalah makanan yang sedap-sedap dan bermacam-macam jenis yang mana tu, boleh dijumpai time raya je. Malam tu tak kemana sebab husband aku kerja shift malam. 

Raya kedua pula tema aku ijo. Suami dengan anak pula tema biru. haha ada aku kesah! hahaha 

Raya kedua kami beraya di rumah adik-beradik abah di Cheras. Tak jauh kan, semua area KL je. Balik dari beraya tu aku pun mula memunggah beg besar nak pulang beraya rumah mak aku pula. Dalam mengemas beg-beg tersebut, terjumpalah akan kami baju melayu royal blue eiman.

"Abang!!!!" jerit aku.
Lantas suami berlari-lari anak ke bilik
"Apa dia? Apa dia?" ... terpinga-pinga husband aku
"ni ha baju melayu royal blue eiman!" sambil menunjukkan baju biru tu
"Laa... sini rupanya! Penat abang cari kat rumah!" mengeluh husband aku hihi

hah alang-alang dah jumpa terus aku sarungkan baju melayu biru itu pada badan eiman. Pakai jela sekejap, tahun depan dah tak muat dah ni. Ni pun ngam-ngam je ha. Eiman pun ikut je mak dia suruh pakai apa pun. Kemudian, Eiman sambung bermain lori-lori nya..  

Raya ketiga, kami bertolak ke Ipoh. Aku kuasa nak pakai baju kurung dah. OOTD aku haritu, baju hitam putih dengan seluar palazzo. Nah ambiklah seketul OOTD. 

Layan je.. kakak aku ni kaki selfie.

ha, tengok mak dengan makcu aku pun layan je kakak aku ni weefie pulak

Raya ke berapa dah.. jap scroll atas, Oh raya keempat. Pakai kain dan baju hijau. Harini, kami berkunjung rumah sedara-mara di Sayong Kuala Kangsar. Ate, mak meka orang kuale. 

Eiman dah menguap mengantuk dalam kereta. Bosan agaknya perjalanan hampir 2 jam. Jam wehh! Semua orang nak pergi beraya gamaknya.

OOTD seketul. Best udara kampung bersih.

weefie dengan akak-akak. Yer, ai adik paling kecik tapi ai paling gemuk. Ok fine!

Raya kelima. hahaha harini dari Ipoh pulang ke Tanjong Malim. Sebelum pulang kami bergambar dengan sedara-mara. Yey! 

Laki aku suh buat "kipidap".. apebenda tah

Ni gambar-gambar aku ambik kat Instagram @mommyeiman

Ni adik beradik, anak saudara dan mak.

eiman OOTD pulak



Tahun ni bertiga, mana tahu ada rezeki tahun depan berempat. haha sempat lag sempat lagi!.. ehh ye tak ye, nanti bolehla recycle balik baju melayu eiman kat adik dia. Kalau lelaki la kan!" hahahaha <-- ko ni kedekut dah kenapa? hahahaha.... hahahahhaha... 

"Esok Sabtu, so siapa ada rumah terbuka jemputla saya ye."

Ok.. tudaluuu.. sayonara sehingga berjumpa lagi. 

Sekian. Maaf Gila sebab demam.