Monday, 13 July 2015

Resepi Roti Gulung Sosej Paling Senang Dalam Dunia

Salam,
Holla semua, hari ini Nova kembali dengan resepi mudah zap zip zap untuk juadah berbuka puasa. Huyo! Gempak sekali. Kalau tak ada idea nak makan kudapan selepas berbuka, boleh cuba yang ini. Kompom habis kompom sedap kompom budak-budak suka. hihi



Resepi ni adik ipar aku yang ajar. Memandangkan malas nak ke bazar beli kuih, jadi kita buat sendiri. Yang penting kena ada bahan-bahan seperti berikut.

1. Roti - potong separuh dan lenyek/tekan bagi nipis

2. Sosej - belah 2

3. Telur - sebagai gam dan salutan

4. Minyak Masak - ni untuk goreng la

Ha,itu sahaja bahan-bahan yang diperlukan. Jadi, cara-cara membuatnya pula adalah seperti berikut:

Pertama, gulungkan sosej dengan roti yang dipotong tadi, dihujung letak telur sebagai gam

Kedua, siap-siap gulung banyak-banyak dalam pinggan  

Ketiga, celup dengan baki telur dan masukkan ke dalam minyak panas. Api tak yah besar sangat. Takut hangus pulak roti sosej ni.

Keempat, tunggu sehingga kuning keemasan dan boleh la diangkat

Kelima, letak dalam pinggan untuk dihidangkan. Oh ya, kalau ada breadcrumbs boleh salut dulu sebelum goreng. Lagi rangup.

Siap! 5 langkah mudah. Kalau buat 12 ketul sosej boleh dapat 24 sebab kita dah belah 2 sosej tu. Kat kedai macam ni jual seketul 50 sen. Huh! Buat sendiri pun senang je weh. Sambil menaip boleh masak Roti Gulung Sosej ni.

Yey! Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka Puasa.

Sekian.