Tuesday, 7 July 2015

Tips Persediaan Sehari Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Salam,
Holla kawan-kawan, hari ini Nova nak berkongsi dengan anda semua Persediaan Sehari Sebelum Raya yang biasanya keluarga Nova lakukan. Tahun ini Nova beraya di rumah keluarga mertua dan persediaan tidak jauh beza pun dengan keluarga mak di kampung.

Mengimbau jap kenangan Nova di rumah terbuka Nuffnang tahun lepas, 2014

Selalunya di malam raya, Nova dan adik-adik ipar akan pastikan keadaan ruang tamu, ruang makan, bilik mahupun dapur tersusun kemas dan bersih untuk menyambut sanak-saudara di pagi raya nanti. Biasanya, adik-adik ipar Nova sudah mula mengemas seawal Ramadhan lagi supaya tidak perlu penat lelah di malam raya. Cuma tahun ini, Nova kena pastikan ruang tamu bersih dari mainan eiman yang makin hari makin makin bertambah tu.

Seterusnya, kuih raya yang beraneka jenis di masukkan ke dalam balang yang cantik untuk dijamu kepada sanak-saudara yang datang. Bukan sahaja kuih raya, tahun ini kami ada beberapa jenis kerepek, rempeyek, gula-gula dan juga kek. Ha, variasi itu penting tau supaya tetamu yang datang dapat nikmat kepelbagaian rasa sambil berborak-borak bersama ahli keluarga.

kerlass balang kuih kakak!

Baju kurung, baju melayu siap digosok dan digantung supaya tidak kelam-kabut keesokan harinya. Maklumlah, wanita-wanita pasti akan sibuk di dapur kan. Kalau dah siap bergosok semua pakaian, senanglah suami nak pergi ke masjid ye tak?

Ah.. bab masakan, mak mertua Nova memang tip top bab masakan. Yang pastinya faveret Nova iaitu Ayam Masak Merah dan Lontong pasti ada. Tak sah kalau takda. Lontong memang wajiblah ada. Eh.. cerita pasal lontong ni, buat Nova terliur pula. Siapa yang tak suka lontong kan? Kalau pergi ke rumah sanak saudara di hari raya mesti ada yang menyediakan juadah ini. 

Tapi sekarang, kalau terliur di bulan Ramadhan nak makan lontong, korang boleh dapatkan #MameeChefLontong tau. Iyer! baru di pasaran. #MameeChefLontong ini adalah resepi istimewa dari dapur Chef Ismail tau. Rasanya sebijik sejaban macam lontong raya tu. Nova dah cuba dah #MameeChefLontong ni. Memang sedap bila makan di kala bersahur. Hilanglah rasa mengidam nak makan lontong raya. 

Yang bestnya, Mee Mamee Chef ni, bukan sebarangan mee segera tau. Ianya di buat dengan kualiti yang baik iaitu dari "Art of Mi Tarik". Nova akui, Mi Mamee Chef memang terbaik dan sedap. Selain itu, semasa hari pelancaran #MameeChefLontong, Chef Ismail bagitahu yang beliau sendiri masak sampel kuah lontong ni dan beliau sendiri pastikan kuah lontong yang dibungkus untuk pasaran adalah sama dengan rasa sampel yang dihantar pada R&D Mamee Chef tau. Ha.. punya teliti lah Chef Ismail ni. Patutlah produk Mamee Chef ini adalah paling laris di pasaran sepanjang tahun 2014. 

Kalau teringin macam Nova nak makan lontong untuk bersahur mahupun berbuka puasa atau teringat pada lontong mak di kampung, cepat-cepatlah ke kedai dan dapatkan #MameeChefLontong ni. Rasa sekali, terus jatuh hati. Dengan satu suapan, terimbau kenangan-kenangan lalu menikmati lontong raya di kampung halaman. cewah... jadi siapa yang tak balik kampung tahun ni, bolehla dapatkan Mamee Chef ni ok. Terubatlah kerinduan itu.

Bukan sahaja nampak sedap, tapi memang sedap. Bukan Nova je cakap #MameeChefLontong ni sedap. husband Nova pun suka.

Nova, Chef Ismail dan #MameeChefLontong. Terbaik! 


Nak tahu lebih lanjut boleh ke website Mamee Chef ni tau

Sehingga berjumpa lagi. Sekian.