Monday, 10 August 2015

Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang

Salam,
Holla harini saya kembali dengan sambungan cerita bercuti di Penang. haha bila nak habis daa!.. kikiki..So, bangun pagi gosok gigi cuci muka.. terus turun bawah dekat lobby nak bersarapan. Wee bestnyer makan. Eiman pun dikejutkan awal dalam pukul 9.30 pagi macam tu.

Memandangkan aku ni peminat makanan, tawaran breakfast yang menarik merupakan pilihan utama kami. Hotel Vistana ni tidak kurang hebatnya juga. Nak tengok tak? Jom!


Untuk Eiman, ai ambik nasi goreng sikit spagetthi sikit, kuih seketul, hotdog dan kacang 

For me, of kos roti canai! hihi... dap dap dap! 

Dan yang ni, mak ai punya, serabut habis. Buah pun nak ambik sekali dalam satu pinggan hahaha 

Lepas makan nasi goreng, dia minta "Mummy, nak koko kwunch!" ... dapat makan koko krunch dengan honey star tu happy sangat la dia tu.. mak bapak melayu tapi selera anak kemain mat saleh.

Meh nak tayang apa yang dijamu di Hotel Vistana untuk breakfast. Ni kalau nak senang lawas buang air makan pisang tu pagi-pagi. haha

Ni ada la makanan goreng-goreng macam ayam pandan, bebola ikan kot.. ntah apa yang gulung2 tu. Aku tak biasa pulak tengok yang gulung tu.

Kat mana-mana hotel pun mesti ada roti. Cuma pilihan roti kat sini tak banyak. Roti paun je adanya pun.

Ini makanan penyelamat namanya. Supaya anak tak berlari-lari dan boleh duduk diam.

Ada porridge/Bubur. Eiman kadang-kadang suka juga makan bubur, tapi pagi tu dia nak makan koko krunch je.

Ada kek dan pastri. Okla..

Chicken Char Siew Bun tak silap aku namanya. Kalau aku senang je panggil Pau! Takpun Pau Cina sebab saisnya kecik. Kalau saiz pau besar panggil Pau Melayu. Haha racist sangat tau!

Fried Rice Oriental. Susah sangat la mak aku nak sebut kalau gini bunyinya. Mak aku sebut nasi goreng sudah!

Ada mee, lauk-lauk erm... sedap jugakla masakan di sini.

Kalau nak telur ke omelete ke boleh beratur. hihi.. best jugak ni.

Ada air panas teh atau kopi

Kalau suka air sejuk boleh minum ni, jus oren atau guava.

Tak lama lepastu kami pun kenyang. Selpi satu!

Eh... menyelit pulak.. tak kasi chance mak pak bergambar berdua!

Mak dan kakak yang happy dan kenyang.

Lepas makan, kami menyinggah di Executive Lounge. Cewah, kalau ada urusan bisnes ke apa ke bolehla lepak sembang juta-juta kat sini. Kalau ada lebih sikit dana tu bolehlah sumbangkan kat aku ni.. buat modal berniaga madu. haaha.. selesa dan cantik. Padanlah dengan harga yang dibayar ye tak?


eh... tu mak aku tu... "OoOo mak, buat apa tu?"

Siap ada air, cookies, teh mahal dan air panas tau. Kerlass!!

"OoOo, ni la kerja kau ye, pau cookies ya!"

Yey, kemudian naik bilik dan tukar baju mandi! wee!! Tazzabar! Kolam sudah memanggil-manggil tu!


 Aku dan Chadeq pun terjunlah ke dalam kolam. Haritu ramai pulak orang, musim cuti sekolah ke apa? Maklumlah tak ada anak sekolah, so tak berapa nak peka dengan tarikh cuti sekolah.

Kau! Perangai!

Budak paling gembira dalam dunia! Main air sampai kecut kaki tangan.. aih!

Lepas mandi pool, kami naik atas dan berkemas-kemas nak checkout dan meneruskan perjalanan ke Perlis. Tapi sebelum tu, kami singgah makan di Restoran Kapitan dan 3d Art Museum. Entri ini akan disambung lagi. hik hik.. suka-suka. Kalau aku cerita perabih semua kang takda modal pulak nak sembang apa. So, korang kenalah stay tune dengan blog aku ni ye.. hihi..

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah. Jangan cakap kakak tak payung!

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis