Friday, 7 August 2015

Cantik Berseri dengan Andalou Naturals - Fruit Stem Cell Science

Salam,
Holla semua, harini Nova nak berkongsi dengan kawan-kawan satu produk kecantikan yang sangat menarik, sangat awesome! iaitu ANDALOU Naturals - Fruit Stem Cell Science. Nova telah berpeluang untuk mencuba sendiri rangkaian produk penjagaan kulit ANDALOU Naturals dan bukan itu sahaja, Nova juga belajar tips-tips kecantikan dan teknik-teknik aplikasi produk kecantikan yang sebenar. Wallaweh! Dengar pun dah best kan. Memang best sangat.

Lokasi bengkel adalah di BMS Organics, Dataran Mentari Sunway. ANDALOU Skin Care Mini Workshop ini bertemakan "Healthy Skin = Healthy You". Subjek pertama yang kami belajar adalah Skin Mapping iaitu analisis kulit yang dilakukan sejak berkurun lama tidak kiralah dari timur mahupun dari barat. Apa yang Nova belajar adalah, muka kita terbahagi kepada 14 bahagian dan dengan memahami perbezaan pada setiap bahagian ini, makan kita akan tahu apakah punca masalah kesihatan kulit kita. Setiap bahagian ini mencerminkan kesihatan dalaman setiap bahagian badan.


Kemudian, kami juga diajar untuk memahami 5 jenis kulit dan keadaan kulit tersebut. Bermula dengan Kulit Normal, Kulit Kering, Kulit Berminyak, Kulit Kombinasi dan Kulit Sensitif. Seterusnya, Nova diperkenalkan dengan produk kecantikan dari rangkaian ANDALOU yang mengandungi 100% bahan semulajadi dan sekurang-kurangnya 70% telah disahkan bahan organik, non- MGO ( Modified Genetic) dan vegan (vegetarian - tanpa telur atau produk diary).    
Set Rangkaian Penjagaan Kulit ANDALOU

Apakah keistimewaan ANDALOU 'Bio-active Pyramid"?

(APEX)
Fruit Stem Cell, "Universal Cell"
~Memperbaharui (sel aktif) mengejutkan sel menjadi muda
~Pembaikan (Kerosakan Sel) meningkatkan jangka hayat sel secara berkesan
~Menjana semula (Kulit sihat) merangsang penghasilan sel

(CORE)
Bioactive + Berry Complex (8 types)
1. Acai Berry: Menyubur & mencergaskan semula
2. Arania Berry: Mengnjal & Memperhalusi
3. Bearberry: Meningkatkan Kekebalan
4. bilberi: Menyembuhkan & Meremajakan
5. Black eEderberry: Pembaikan & Menguatkan
6. Goji Berry: Mempercepatkan Pemulihan
7. Rosehips Berry: Mengembalikan & Memulihkan
8. Laut Buckthorn Berry: Sel Sokongan

(SUPPORT)
Certified Organic Aloe Vera + Polysacaccharides
Faedah Aloe Vera:
~Meningkatkan oksigen, penghidratan, & memberikan kelembapan yang sihat
~Anti-radang. menenangkan & melegakan kulit merengsa
~Diperkaya dengan Vitamin, Mineral, Asid Amino, Enzim & Protein
~Memperkuat Imun Kulit & Mempercepatkan penyembuhan

Nova nak kongsikan dengan pembaca Nova, rutin penjagaan kulit seharian dan mingguan tapi sebelum tu nak hashtag "Tak ada perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas" hihi

Penjagaan Asas : Pembersih Muka, Toner, Moisturizer [ Harian ]
Sokongan : Exfoliation (Scrub), Masker [Mingguan]
Penjagaan Khas : Serum, Krim Malam [Harian]
*Aktiviti fizikal: 
Tabiat pemakanan, senaman, tidur yang cukup dan persekitaran kerja yang baik. [Harian] 

Ok, jadi apa tunggu lagi, jom kita teruskan mencuba produk penjagaan kulit ANDALOU Naturals jom. Tapi sebelum tu Resha (ANDALOU) dah siap-siap sediakan air dan span muka untuk kami. So comel warna pink kan. Suke! 


Dimulakan dengan membersihkan Make-up pada muka Nova menggunakan ANDALOU Lash-Lid Make-up Remover

Nah make-up muka telah di cuci sepenuhnya. Make-up remover ANDALOU mudah diaplikasi dan menanggalkan make-up dengan cepat.

 Membersihkan: lembap kulit anda, gunakan pembersih ANDALOU 1000 Roses Clensing Foam pada kulit anda, urut perlahan-lahan dengan pergerakan bulat, dibilas dengan air suam (disyorkan)

Nova selesai mencuci muka, terasa bersih, segar dan nyaman dengan keharuman 1000 jenis bunga ros. 

Exfoliation: Urut jumlah kecil ANDALOU 1000 Roses Pearl Exfoliator pada tapak tangan yang bersih dan basah, sapu kepada muka dan leher dengan urutan membulat lembut, elakkan mata dan kawasan bibir

Resha sentiasa membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami

Masker: Sapuan sama rata untuk pada kulit yang telah bersih dan kering (elakkan kawasan mata dan bibir), biarkan selama 10-15 minit, bilas. Gunakan 2-3 kali seminggu

Selesai sapuan masker ke seluruh wajah, terasa seperti ada gigitan-gigitan semut pada wajah. Itu bermaksud ada kawasan muka yang kering dan tidak sihat. Masker juga perlu dibiarkan sehingga masa yang ditetapkan sahaja, jangan tunggu sehingga kering tau. Nanti nutrien yang baik akan hilang pada kulit.


Toner:
1) Goncang botol ANDALOU Toning Refresher, tutup mata, sapukan pada muka dan leher, perlahan-lahan pad/tekan-tekan pada kulit anda dengan hujung jari. Untuk penyegaran siang dan malam, sapuan ringan pada muka yang ada atau tanpa make-up

2) Tuangkan di atas sekeping pad kapas dan sapu ke seluruh muka dan leher dengan lembut


Serum: Sapukan sedikit ANDALOU Enlighten Serum pada kulit muka & leher, setelah sapuan serum sekata pada kulit anda, gunakan hujung jari anda untuk  melakukan padding dan pergerakan membulat sehingga serum menyerap ke dalam kulit. Gunakan pada waktu siang & malam.

Pelembap: Sapu ANDALOU Probiotic + C Renewal Cream pada muka & leher perlahan-lahan dengan pergerakan membulat dan ke atas



Specific/Khusus: Sapukan titik kecil krim bahagian mata luar, perlahan-lahan tepuk dan urut di sekitar kawasan mata dalam gerakan membulat

Selain itu, Nova juga mencuba ANDALOU Lip Remedy. Terasa berangin.

Tadaa! Selesai memakai langkah demi langkah penjagaan muka yang asas, sokongan dan penjagaan khusus. Terasa segar dan nyaman. Nak tahu apa pandangan Nova tentang prduk ini?

"I am falling in love with the 1000 Roses Get Started Kit after using it for a week. The scent is amazing and wonderfully relaxing. My skin feels soft, moisrurized and pores are visibly smaller. Thank you and congratulation to the team! What an amazing job!"

"Saya telah jatuh cinta dengan 1000 Roses Starter Kit selepas menggunakannya selama seminggu. Bau yang menakjubkan dan sangat menenangkan. Kulit saya terasa lembut, lembap dan pori-pori yang jelas kelihatan lebih kecil. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan! Satu hasil kerja yang menakjubkan!



Inilah Started Kit yang dihadiahkan kepada Nova. Best sangat tau! Nova paling suka Rosewater Gel Mask! Dah lah wangi, best sangat pakai produk ni, Nova dah plan nak beli Cleanser dia.. dah jatuh cinta dah.


Harga Starter Kit bagi Set Penjagaan Kulit ANDALOU Naturals

Kalau anda berkunjung ke BMS Organics, anda akan dapati banyak lagi produk-produk lain seperti penjagaan rambut, losyen badan, mandian dan sebagainya. BMS Organics ni ada 46 stores/kedai diseluruh Malaysia tau!

Selain itu, BMS Organics juga menjual produk-produk organik seperti pada gambar di bawah. Rambang mata tau dibuatnya!


Bukan setakat jualan produk, BMS Organics juga adalah sebuah Cafe yang menu-menu yang disediakan adalah bersumberkan bahan organik.

Comel mereka berdua ni.

Selesai sudah bengkel  "Healthy Skin = Healthy You" dan terima kasih tak terhingga kepada Resha yang sudi menjemput kami dan tidak lupa kepada BMS Organics juga. 

Laman Web BMS Organics : http://www.bmsorganics.com/home/
Facebook : https://www.facebook.com/bmsorganicsfanpage

Alamat HQ :
BMS Organics Headquarter
18, Jalan BP 5/11, 47100 Bandar Bukit Puchong, Selangor DE, Malaysia.
Tel: 03-8068 3643 Fax: 603-8060 4739

Nova, bersama Betty Resha dan Ayu. 

Sekian. Sehingga berjumpa lagi.