Friday, 28 August 2015

ILM Arts Festival 2015 - 30 Personaliti Dan Artis Islam Antarabangsa Dan Tempatan

Salam,
Nampaknya ILM Arts Festival 2015 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Hati ni dah rasa tak sabar sangat nak pergi ke Stadium Malawati, Shah Alam. Yang istimewanya adalah; acara ini bakal menempa sejarah dunia Islam kerana ianya merupakan acara pertama yang akan mengumpulkan barisan personaliti dan artis antarabangsa dan tempatan di dalam satu arena.



ILM Arts Festival ini akan mengumpulkan 30 artis daripada pelbagai genre karya dan hiburan; antaranya fotografi, karya graffiti, seni pertahanan diri, sukan papan lungsur, nasyid, kaligrafi, komedi dan yang lain-lain lagi. Menarikkan? Yang paling excited buat Nova apabila mengetahui Qari terkenal Sheikh Mishary Alafasy juga akan turut serta di dalam festival yang buat julung-julung kalinya di buat di Malaysia. 



Keterujaan ini bukan berhenti setakat itu sahaja, malah apabila mengetahui sesi perkongsian ilmu dan inspirasi juga akan diadakan oleh personaliti Islam terkenal antarabangsa seperti Ustaz Nouman Ali Khan dan Syeikh Daood Butt bagi menambat hati-hati ini supaya pengalaman dan nasihat mereka dapat memberikan suntikan semangat kepada pengunjung ke arah yang lebih positif dan lebih baik.


Diantara barisan personaliti terkenal tempatan yang akan turut serta di dalam festival ini adalah artis hip hop Altimet dan Mizz Nina, Muadz Dzulkefly, Shazet dan Syafiq Zane chef terkemuka dan pemilik restoran FIQs Gastronomy dari Malaysia. Barisan personaliti terkenal antarabangsa pula adalah seperti penyanyi nasyid Zain Bikha (Afrika Selatan) dan Ahmad Bukhatir (UAE), personaliti komedi Hollywood; Omar Regan (AS) dan Baba Ali (AS), ikon dunia fotografi Islam yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa; Peter Sanders dan ramai lagi. 

Selain itu, pengunjung juga akan dapat menyaksikan pertunjukan aksi sukan papan lungsur daripada personaliti Jordan Richter dan Joe Ipoh (Malaysia). Jordan Ritcher adalah peluncur profesional sejak berumur 16 tahun dan apabila berumur 22 tahun, beliau telah diberikan hidayah untuk memeluk Islam. Setelah meninggalkan profesion sebagai peluncur profesional selama 15 tahun, kini beliau kembali aktif di dalam pertunjukan aksi sukan papan lungsur. Ikuti kisah Jordan Ritcher yang di pautan ini dan kalau rasa tak kuat boleh siap-siap bawak tisu k. WAYWARD SON The Jordan Richter Story Movie Trailer


Festival yang buat pertama kalinya diadakan ini, merupakan satu platform yang bagus kepada pengunjung untuk mendekati, memahami dan menghayati maksud Islam yang sebenarnya. Ia bukan sahaja terhad kepada pengunjung yang beragama Islam, malah ia juga diharapkan dapat menarik minat pengunjung beragama lain dan pelancong luar negara. Menurut Sajid Hussain, penganjur Festival Ilm Arts;

“Acara ini diadakan untuk membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang terlampau liberal atau ekstremis seperti yang kerap dilaporkan oleh media massa antarabangsa. Hakikatnya, hiburan adalah salah satu daripada cara untuk mendekati golongan muda dan golongan bukan Islam dan  menarik minat mereka untuk melihat sendiri akan keunikan dan keindahan Islam,”    

Selain itu, ia juga merupakan salah satu cabang dakwah bagi menarik kembali minat golongan muda-mudi yang telah lama memandang sepi dengan kehebatan personaliti terkemuka Islam. Mungkin kerana limpahan dari pengaruh media barat mahupun artis-artis Korean Pop yang digilai oleh segelintir anak-anak muda yang masih mencari-cari identiti dan minat terhadap sesuatu perkara. ILM Arts Festival, diharapkan dapat memberikan satu suntikan semangat baru kepada golongan ini supaya kembali meminati cabang-cabang dakwah Islam yang bukan sahaja melalui ceramah berbentuk nasihat malah perkongsian ilmu yang lebih menyeluruh dari pelbagai cabang dan bidang yang ada.

Barisan personaliti yang akan hadir
  
ILM Arts Festival ini akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 30 Ogos 2015 bermula jam pukul 11.30 pagi hingga 10 malam. Anda boleh membeli tiket menerusi laman sesawang http://ilmartsfestival.com/. Tiket boleh dibeli dengan harga RM55, RM108, RM161, RM257, RM 373 dan VIP RM1,062.

Tiket VIP RM 1062 termasuklah Parking VIP, Tempat duduk bernombor, Pas Belakang Pentas, Makan Malam, Cenderamata, dan Gambar Berkumpulan. Untuk melihat pelan tempat duduk klik pada pautan ini : Carta Pelan Duduk. ILM Arts Festival ini disokong oleh Astro Oasis, Karangkraf, Tourism Malaysia, Visit Malaysia 2015, Air Asia dan iM4U. 


Oleh itu, dengan gembiranya Nova mengajak kawan-kawan semua untuk bersama-sama memeriahkan ILM Arts Festival ini dan juga jangan lupa bawa sekali sanak-saudara, jiran tetangga mahupun kawan-kawan yang lain. Sehingga kita bertemu di sana ya! Jumpa nanti!


Trailer ILM Arts Festival 2015


Sekian. Salam.